Tuesday, July 31, 2012

Implanon yg menyusahkan

Assalamualaikum...

Pernah dengar implanon? yang dah kawin mungkin tau tapi yang tak kawin lagi mungkin juga ada yang tak tau..


Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda.
Implanon dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan. Gambar rajah menunjukkan posisi Implanon (garisan bertitik)
Memang lah dalam gambar nie kecik je dia tunjuk..tapi sebenarnya hehehe..jarum yg nak masuk ke lengan tu pun sama panjang dgn lidi tu..mula2 aku tgk memang terperanjat boboi jugak la..tapi buat2 relax..sambil dada berdebar2 ..


 Implanon® mengeluarkan hormon secara beransur-ansur untuk menghalang pengeluaran telur (ovum) bulanan dari ovari. Implanon® juga menghalang sperma dari memasuki rahim..Jadi persenyawaan tidak akan berlaku dan kehamilan akan dicegah. Perlindungan dari kehamilan akan bermula dari hari pertama permasangan Implanon® dan keberkesannya boleh bertahan selama 3 tahun
 

Macam kaedah/ traseptif yang lain, doktor akan menjalankan pemeriksaan kepada anda untuk mengenalpasti sama ada kaedah ini sesuai untuk anda. Pemasangan ini mengambil masa selama seminit. Ubat bius kebas (anesthetic) akan diberi ditempat untuk dipasang untuk mengurangkan kesakitan. Selepas pemasangan, bahagian lengan akan dibalut untuk kurangkan risiko lebam. Anda perlu pastikan yang balutan sentiasa kering dan bersih. Selepas 24 jam, balutan boleh ditanggalkan.



 Kesan sampingan yang tidak diingini yang boleh berlaku termasuk jerawat (acne), pening kepala, pertambahan berat badan, dan sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk keguguran rambut, perubahan mood, perubahan nafsu syahwat, sakit perut dan sengugut. Disamping itu pemasangan dan pengeluaran Implanon® boleh mengakibatkan rasa sengal dan gatal ditempat itu. Sekiranya anda mengalami kesan sampingan semasa mengunakan Implanon®, anda perlu rujuk kepada doktor anda.

 Implanon® berkemungkinan besar mempengaruhi pusingan haid anda. Corak pendarahan haid anda berkemungkinan menjadi kurang tepat. Perubahan berbeza untuk wanita secara individu, sebilangan mendapati pusingan haid berubah sedikit, berhenti selalu atau datang sekali sekala. Sebilangan mendapat pusingan haid berhenti dan ini tidak bermakna yang anda mengandung. Corak pendarahan haid boleh mengikut masa. Sengugut berkurangan kepada 88% pengamal Implanon®


Lagi satu..kalau nak pakai nie kena tanya harga dulu kat klinik..sebab lain klinik lain harganya.. aku terkena kat puchong nie..dah bayar deposit RM50  total semua sekali 650..sekali aku pegi tanya kat klinik family kat sri manja  cuma RM350..bayangkan sekali ganda bezanya..aku pun apa lagi..mintak balik la deposit aku tu..nasib tak burn..hehehe..

Aku cuma listkan keburukan dia shj..sbb aku rasa agak tertekan sikit dgn period yg tak teratur sejak pakai implanon nie..bila nak puasa dan solat pun kadang2 was2..tapi aku ikut kata ustaz kat sini



Puan hendaklah mandi wajib apabila haid puan sampai kepada tahap maksimum iaitu lima belas hari lima belas malam, walaupun darah masih ada. Iniadalah disebabkan paling lama haid seseorang wanita ialah lima belas limabelas malam. Puan juga wajib mendirikan solat seperti biasa, dengan cara membasuh kemaluan terlebih dahulu serta membalutnya kemudian mengambil wudhu’ dengan sempurna.








 

6 comments:

  1. faisi2002@yahoo.com.myMarch 1, 2013 at 9:34 AM

    Dah lame ke pakai implanon.. sy pun mempunyai masalah yg sama...haid x berhenti...spotting...skrg camne

    ReplyDelete
  2. hai..saya ada masalah jugak dengan haid huru hara nih...
    selang seminggu datang..pastu lama plak tuh..
    suci seminggu..datang balik...hadoiiii..
    tak tahu dah yg mana satu period..yang mana satu bukan period..fening!

    ReplyDelete
  3. hai..saya ada masalah jugak dengan haid huru hara nih...
    selang seminggu datang..pastu lama plak tuh..
    suci seminggu..datang balik...hadoiiii..
    tak tahu dah yg mana satu period..yang mana satu bukan period..fening!

    ReplyDelete
  4. Yerr laaa...spot yg x habis2 tu yg buat x selesa...really dnt knw whc one period n not period..memanjang je spot brownies nii

    ReplyDelete
  5. Sy dah mengambil imp.anon selama 3 tahun, sy baru sambung lagi 3 tahun, period mmg x datang lansung, dtg pun very light, just guna pantyliner and the duration max are between 2-3 days saja, setahun period dlm 2-3 times saja.

    Side effect cuma keguguran rambut yg ketara,yg lain tiada masalah.

    Sy sgt berpuashati under consultation Prof Madya Dr Zainur Rasyid, HUKM Specialist Center, kalau berminat boleh la refer dgn dia, mmg terbaekkk,alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamualikum , pertanyan implanon bulah mndtgkn gila meroyan , isteri saya mngunakn 8 bulan , masa ni haid pun tk dtg, minta pandangan saudra

      Delete