Monday, July 23, 2012

puteriku kaisya

Assalamualaikum..

Hari nie perasaan malas masak nie membuak2..sejak semalam berbuka tak masak nasik..iskandar kemain suka lagi aku goreng bihun je..kaisya pulak buat muka monyok sbb xde nasi...eh..macam2 ..
Aku nie kalau big bos xde umah sbb keje ptg..aku mmg malas nak masak..teruk betul..bukan apa..karang membazir..budak2 nie cakap je lebih..nak itu ini..bila time berbuka dah minum air satu jag..mcmana nak sumbat makanan lain..last2 ke tong sampah..baik xyah masak..(cantik je mk ko bg alasan..)hehehe..

Hari nie iskandar masih lagi mengungguli tempat pertama..xde ponteng2 posa..xde yangyok..xde drama..lain hal pulak dgn si kaisya..fuhh...semalam demam sbb first day puasa penuh..hari nie muntah2 pulak..so..aku kasi dia bukak puasa..bila dh makan..dah minum..sihat terus..main sesaje..amboii..menggeletek ko yea kakak..kemain lagi..hilang semua sakit..

Kaisya nie lebih kurang buat drama la..kalau termakan drama dia..habislah..tapi skg aku ajar dia pelan2 yg perangai dia tu salah..dia nie x boleh keras sgt bila di tegur..karang makin degil..aku tau..sbb dulu pun aku mcm tu gak..

Harap2 bila dah besar dan semkin matang hilanglah sifat2 x elok dia tu..

resepi biskut bright eye susan

Assalamualaikum...

Hari nie nak kongsi resepi yang ku cedok dari blog http://daridapurmaisya.blogspot.com..
Biskut nie cantik sgt..tu yg berkenan nak buat tu...tapi memandangkan ada beberapa brg yang xde kat lemari ku..aku tukar je brg tu mengikut apa je yg ada..xyah membazir ..Resepi asal drp empunya blog
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1899951...


Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi resepi...nie bahan2 nya:


bright eye susan
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1899951

BAHAN-BAHAN:

260gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder (aku tak pakai baking powder..kang kembang semangkuk)
Secubit garam
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur

HIASAN:
1 biji putih telur
Almond nibs secukupnya, tak perlu dipanggang(aku tukar dgn oat)
Jem strawberry seckupnya(aku guna blueberry jem)

CARA-CARA:

1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga sebati.

3. Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.

4. Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.

5. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut

6. Celup permukaan atas biskut dalam putih telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.(Maisya sapu bahagian keliling biskut dengan putih telur dan celup bahagian tepi sahaja ke dalam almond nibs)

7.Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang tengah dan paipkan Jem kedalam lubang tadi.

9.Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min atau ikut oven masing-masing(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)