Tuesday, July 31, 2012

Berangan..

Assalamualaikum..

Kalaulah dapat ruang tamu cun macam nie..sure tak bangun2 dari sofa punya..jom carik2 idea nak deco ruang tamu..sebab kalau hari raya orang tak masuk bilik tido kita..ruang tamu yg penting..apa2 pun jom cuci mata dulu dgn gambar deco bersama eric nie..kemas je..





yang nie simple dan sesuai dgn orang ada anak kecik mcm aku..tak semak..






   




merah nie pun mengancam..






  

    


kalau putih mcm nie satu jam je jadik kelabu kat umah aku..


 




yg purple nie bukan eric punya deco yea..dari en.google..cantik 2x... 




karat..karat..

Assalamualaikum...

Dah pukul 5 dah nie..masak pun belum lagi..mentang2 la tak posa..oppsss!!..hehehhe..bukan aku malas masak(percaya la..)aku cuma terkejut tgk air kat sinki umah aku nie..








Macamana nak masak nie..dah 2 kali jadik macam nie..susah nak buat apa2..gila la..nie yang aku nak cepat2 pindah nie..


Implanon yg menyusahkan

Assalamualaikum...

Pernah dengar implanon? yang dah kawin mungkin tau tapi yang tak kawin lagi mungkin juga ada yang tak tau..


Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda.
Implanon dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan. Gambar rajah menunjukkan posisi Implanon (garisan bertitik)
Memang lah dalam gambar nie kecik je dia tunjuk..tapi sebenarnya hehehe..jarum yg nak masuk ke lengan tu pun sama panjang dgn lidi tu..mula2 aku tgk memang terperanjat boboi jugak la..tapi buat2 relax..sambil dada berdebar2 ..


 Implanon® mengeluarkan hormon secara beransur-ansur untuk menghalang pengeluaran telur (ovum) bulanan dari ovari. Implanon® juga menghalang sperma dari memasuki rahim..Jadi persenyawaan tidak akan berlaku dan kehamilan akan dicegah. Perlindungan dari kehamilan akan bermula dari hari pertama permasangan Implanon® dan keberkesannya boleh bertahan selama 3 tahun
 

Macam kaedah/ traseptif yang lain, doktor akan menjalankan pemeriksaan kepada anda untuk mengenalpasti sama ada kaedah ini sesuai untuk anda. Pemasangan ini mengambil masa selama seminit. Ubat bius kebas (anesthetic) akan diberi ditempat untuk dipasang untuk mengurangkan kesakitan. Selepas pemasangan, bahagian lengan akan dibalut untuk kurangkan risiko lebam. Anda perlu pastikan yang balutan sentiasa kering dan bersih. Selepas 24 jam, balutan boleh ditanggalkan.



 Kesan sampingan yang tidak diingini yang boleh berlaku termasuk jerawat (acne), pening kepala, pertambahan berat badan, dan sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk keguguran rambut, perubahan mood, perubahan nafsu syahwat, sakit perut dan sengugut. Disamping itu pemasangan dan pengeluaran Implanon® boleh mengakibatkan rasa sengal dan gatal ditempat itu. Sekiranya anda mengalami kesan sampingan semasa mengunakan Implanon®, anda perlu rujuk kepada doktor anda.

 Implanon® berkemungkinan besar mempengaruhi pusingan haid anda. Corak pendarahan haid anda berkemungkinan menjadi kurang tepat. Perubahan berbeza untuk wanita secara individu, sebilangan mendapati pusingan haid berubah sedikit, berhenti selalu atau datang sekali sekala. Sebilangan mendapat pusingan haid berhenti dan ini tidak bermakna yang anda mengandung. Corak pendarahan haid boleh mengikut masa. Sengugut berkurangan kepada 88% pengamal Implanon®


Lagi satu..kalau nak pakai nie kena tanya harga dulu kat klinik..sebab lain klinik lain harganya.. aku terkena kat puchong nie..dah bayar deposit RM50  total semua sekali 650..sekali aku pegi tanya kat klinik family kat sri manja  cuma RM350..bayangkan sekali ganda bezanya..aku pun apa lagi..mintak balik la deposit aku tu..nasib tak burn..hehehe..

Aku cuma listkan keburukan dia shj..sbb aku rasa agak tertekan sikit dgn period yg tak teratur sejak pakai implanon nie..bila nak puasa dan solat pun kadang2 was2..tapi aku ikut kata ustaz kat sini



Puan hendaklah mandi wajib apabila haid puan sampai kepada tahap maksimum iaitu lima belas hari lima belas malam, walaupun darah masih ada. Iniadalah disebabkan paling lama haid seseorang wanita ialah lima belas limabelas malam. Puan juga wajib mendirikan solat seperti biasa, dengan cara membasuh kemaluan terlebih dahulu serta membalutnya kemudian mengambil wudhu’ dengan sempurna.








 

Sunday, July 29, 2012

penyapu ajaib..

Assalamualaikum..

Rumah kalau berhabuk sana sini..dengan banyak rambut gugur bertaburan kat lantai..dah macam rumah hantu pun ada kan?Dulu aku nie kalau sapu rumah memang tension sikit sebab aku nie remaja purba..rambut pun banyak yang luruh..lepastu anak kecik aku nie pulak jenis makan apa aje yg dia jumpa..memang rambut pun dia bedal

Tapi sejak aku beli penyapu nie..memang aku suka sgt2..rambut yang susah nak buang pun dia settle kan..habuk pun xde..lega rasanya bila rumah nampak macam rumah orang..xde la berhabuk sgt..

Nie la dia penyapu ajaib aku..boleh sapu macam biasa..sapu je..tapi kalau malas kan..boleh buat 2 in 1 la dia..sapu sekali dgn mop..basah kan je dgn air sabun,pastu jalan..semua beres tak sampai 5 minit..suka tak mak2 yg rajin sesangat mcm aku nie..?nie aku beli pun secara kebetulan..kat carrefour entah jenama apa aku pun tak perasan..tapi kalau fesyen macam nie kena baca dulu sebelum beli..kalau tak buat rugi duit je..selamat mencari penyapu ajaib nie yea..(ke korang dah lama ada..aku je yg baru tau?)


GiveAway : Saya or Awak Yang Bertuah ??

Assalamualaikum..jom join GA nie...sila ke sini utk join..http://gadislollipops.blogspot.com/2012/07/giveaway-saya-or-awak-yang-bertuah.html

saya tag 2 orang kawan dlm nie :
 
 
 

"Segmen: Bloglist Ain bulan Ogos!!!"

Assalamualaikum..jom join yg nie pulak..http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/..

Kalau semalam punya mungkin tersalah bagi link..yg nie ok kot..

 

Saturday, July 28, 2012

bazaar ramadhan taman medan

Assalamualaikum...

Hari nie nak ke rumah mak..memang aku seminggu sekali akan ziarah mak .Kalau ke sana tak pegi bazaar ramadhan memang tak sah..macam2 makanan ada..harga pun ada berbagai2..yg murah pun byk berbanding dengan kat puchong nie..

Hari tu pergi bazaar ramadhan kat puchong permai..memang best sebab tak ramai org..kita jalan pun selesa takde la tersentuh2 dgn org lain.Tapi yang tak bestnya harga dia..mahal melampau..roti john RM5? jgn harap la aku nak beli..tapi ada jugak yg harganya RM4..pandai2 la kita pilih..

Kalau kat Taman Medan memang tak mahal sgt..roti john ada yg jual RM3.50 lagi..nantilah kalau ada masa ptg nie aku masukkan gambar bazaar ramadhan taman medan yang ramai org tu,nak jalan pun tersenggol2 dgn org..eee..menyampah pun ada.

Segmen Up Follower by Lieya Syaira

Segment yg ku tunggu2 dah tiba..hari terlepas dengan ben ashaari..skg nak try kat sini pulak.. http://bicarahiduptentangaku.blogspot.com thanks to syaz..updated benda2 macam nie..aku suka!



Nie je syarat2 nya..:

  1. WAJIB follow blog lieya yang tak seberapa nie. [support la sikit]
  2. Click sini dan sini. :D [untuk tambah duit pocket yang tengah kering kontang nie]-tunggu sampai habis loading ye. ;D
  3. Buat 1 entry dengan tajuk SEGMEN UP FOLLOWER BY LIEYA SYAIRA
  4. Copy header lieya yang tak berapa nak cantik di atas tue dan tampal di entry anda.
  5. Submit url entry anda di kotak komen kat bawah nie sebelum 5/8/2012.
  6. WAJIB follow peserta lain yang menyertai segmen nie. dengan cara anda hendaklah ke blog-blog yang menyertai segmen ini dan tekan button follow dan tinggalkan jejak anda di blog-blog tersebut. :D

Bubur lambuk free

Assalamualaikum...

Baru je sampai rumah letak baby kat tilam cepat2 je nak berblog..macam wajib pulak jadiknya..ini serius..(baca dgn nada wonderpet)bukan apa tau..hari nie setelah sekian lamanya...baru hari nie dapat bubur lambuk free..ya Allah..jakunnya tak tau nak cakap...



gambar dari en.google



Tadi masa kat bazaar ramadhan ingat nak snap 2-3 keping nak tayang kat sini..tapi terlupa yg handphone anak bujangku dah buat main game angry bird..so masa on the way ke bazaar tu aku nmpk ramai jugak org yg dok sedekah bubur lambuk nie..tapi kat jalan yg bertentangan la.. dlm hati nie membebel la jugak..apasal x bagi kat sini sekali..nak melintas bukan senang wey..dengan motor,kereta yg shopping sama..bahaya sgt2..kebetulan aku bawak anak yg ke3 dlm stoller..lagi la tak kuasa nak melintas semata2 nakkan bubur lambuk tu..


Tengah dok asyik membebel dlm hati sambil mata dok pandang bubur lambuk nun di seberang jln..tetiba aku terlanggar kaki orang kat depan aku ..bila aku pandang ke depan rupa2nya ada org tgh pegang bubur lambuk kat tangan sambil bertanya.."akak nak bubur tak?' hehehe..nak aje aku jawab "bagi semua dlm bakul tu boleh?" tapi sebagai menghormati bulan ramadhan aku cakap "nak jugak..terima kasih yea dik"

Tapi bubur tu aku dapat rasa sikit je selepas dibedal oleh anak kecik ku..nasib2x..pastu mak aku cakap "ko nak bubur lambuk tu..tiap2 hari ada kat masjid..dtg2 lah masjid..lepas asar melambak ada.."alamak..malunya..nampak sgt x pernah ke masjid tu..

Friday, July 27, 2012

Sakit jiwa..



Assalamualaikum...
Sapa yg Tak sakit jiwa kalau setiap hari dikutuk, dihina, di lemparkan dengan kata2 kesat.. Aku rasa dlm masa sebulan kalau hari2 Kena macam nie confirm boleh gila..

Mujur jugak dlm bulan ramadhan nie syaitan Semua Kena ikat, kalau Nak ikut kan dgn campur tangan syaitan lagi.. Mungkin satu hari je dah gila.. Jgn main2..










Aku nie dah cukup bersabar sangat2, tapi Aku pun manusia, tahap kesabaran Aku Tak tinggi.. Maka Aku minta.. Minta sgt2 pada mu Ya Allah.. Berikan Aku kesabaran yg tertinggi sekali.. Aku takut Aku Tak Mampu bertahan.. bantu Aku Ya Allah.. berikan Aku kekuatan ..
 



Thursday, July 26, 2012

Wajah2 suci

Assalamualaikum..

Wajah2 nie lah penguat semangat aku.. Semoga mereka menjadi anak2 yg soleh Dan solehah .. Yg Dapat menjaga Aku ketika Aku sakit Dan selalu mendoakan Aku ketika Aku tiada lagi..

truddy & teddy contest

 gallery-1






Assalamualaikum...aku dpt email drp nuffnag mengenai truddy & teddy contest kebetulan ada
 member pun join jugak....macam best je..nak join sgt2..hehehe..mari kita mencuba nasib..kalah menang tu belakang kira..ada rezeki  ada la..xde pun sekurang2nya kita mencuba,..






join-contest

http://blog.nuffnang.com.my/trudy-and-teddy/contest


   

View trudyandteddy-1 (2).jpg in slide show










Aku orang Nomad?

Assalamualaikum...

Wow..masa berlalu terlalu pantas...sekejap je dah hari ke 6 kita berpuasa..bagi org yg slow motion macam aku nie..memang selalu je kalah dgn masa..nasib baik aku dh standby buat kuih raya awal2.. dapat 3 jenis dah skg,lagi 3 jenis tu..mungkin lagi 2-3 hari lagi..

Aku nie dari dulu sampai sekarang kalau hari raya,syok sorang2 je..big bos aku tak suka join nak kemas rumah ke,cat rumah..lagi dia x hingin..so aku buat mana yg aku larat je la..cat umah tu x mungkin la..nie pun rumah sewa..lagi 2 bulan nak pindah,insyaallah..

Kalau di kira2 balik..sejak aku berkahwin nie dh dekat 4-5 kali pindah randah..mula2 dari Taman medan ke langkawi,duduk 2 tahun..pindah balik ke Taman Medan,duduk umah mak setahun,pindah ke Taman Dato'Harun,duduk dekat flat tapak maha yg berhantu tu,(yg aku cerita tertangkap gambar pocong dlm handphone tu)duduk setahun jugak kat situ..pindah ke Flat block G..duduk 3 tahun lebih rasanya... pastu beli rumah kat Parkvilla bukit puchong,ingatkan beli rumah nie aku dah xnak pindah dah..cukup2 la tu..rupa2nya..rumah nie pun jodoh tak panjang jugak.Rumah nie pada aku memang



 
 rumah townhouse yg besar nya boleh tahan jugak lagi2 kalau pilih upper unit..yg aku punya nie lower unit..ada tanah sikit kat belakang..dan aku memang sayang pada rumah nie..mau tak sayang..bergolok bergadai,nak dapatkan umah nie..huhuhu..last2 terpaksa jugak pindah atas sebab2 yg x dapat dielakkan.


sekarang nie duduk di tasik puchong pulak..dan akan pindah ke klang sebab dah beli rumah pulak kat situ..alah..umah sub sales je..jadiklah..tolonglah doa2kan supaya rumah nie takde masalah nak duduk nanti..amin..


Tuesday, July 24, 2012

Suri rumah vs bekerja

Assalamualaikum..

Pernah Tak korang rasa menjadi Suri rumah nie membebankan.. Atau rasa di Pandang rendah Dan Tak dihargai..

Perasaan rendah diri pada suri rumah Memang Tak Dapat dielakkan lebih2 lagi kalau keadaan sekeliling yg memburukkan lagi keadaan..

Kalau pada pandangan Aku nie yg pernah bekerja( Kerja biasa2 je pun) pernah pegang duit sendiri.. Memang agak terasa jugak bila orang sekeliling dok Pandang Aku atas bawah, dgn pakaian rasmi kain batik dgn t- shirt asyik terjerit2 mengalahkan tarzan,muka berminyak , Badan berpeluh,bau pun dah jadik international( Abg la dgn nepal pun tabik).. Tu baru diri sendiri yg discribe kan kalau org lain.. Mesti Panjang lagi list2nya..Hidup Cuma berputar di dlm rumah..

Kadang2 rasa Nak menangis juga kalau anak2 yg seramai 4 org nie buat perangai masing2.. Suami pulak balik Kerja terus mengadap handphone atau lappy..( nie bkn merungut tapi kenyataan) Aku Memang Tak Ada masa untuk diri sendiri.. privasi? Me time? Jgn mimpi la.. Tido pun terkejut2 bila anak menangis nk susu.. Bab xde gaji pun buat aku rindu Nak kembali bekerja .. walaupun Kerja setengah mati hasil titik peluh nampak bila cukup bulan.. Time nie shopping baju, brg make up, Semua boleh beli.. Duit sendiri la katakan.. tapi bila Tak keje.. Nak Beli pun tgk price tag 40kali.. Pastu asyik dok tanya pada diri sendiri.. cukup Ke duit nie Nak sampai hujung bulan nie? Waduh2x.. Last2 senyum Kat barang tu.. Say babai je la..


Tapi yang seronok duduk rumah nie xde punch card.. Xde supervisor, xde sibuk2 nk overtime,xde kawan2 yg mulut jahat Dan xde org Nak tikam belakang ..

Punyalah seronok duduk rumah sampai berat Badan pun naik mendadak.. kawan2 lama kalau jumpa pun memang Tak Kenal lagi..anak2 membesar depan mata, xde kes lebam tanpa di ketahui apa puncanya, tak payah risau Nak Ambik cuti Ke, unpaid leave Ke kalau anak2 sakit, cuti raya xyah berebut, dengan anak2 pun lebih rapat, bila anak2 sekolah boleh mengadap handphone update status kt fb., tgk macam sekarang nie org lain dah tido sebab esok Kena keje.. Aku sibuk update blog.. Esok bangun lewat skit pun xpe, xde yg marah.. Best kan?

Terpulang pada individu sebenarnya Nak memilih utk bekerja atau jadi Suri rumah.. Aku dh merasa dua2.. Dan Aku rasa perasaan Nak bekerja tu Ada Bila bosan2 duduk rumah.. Tapi bila dh keje, rasa menyesal pulak sebab duduk rumah lagi best.. hehehe..







hati..

.

Hati pecah mcm kata kaisya..aku tya dia kenapa hati pecah? dia kata kalau kena marah nnti hati pecah..tapi kalau cium balik..hati tu tak pecah dah..budak2 pun pandai..

Hati yg pecah nie sebenarnya mula2 retak..terguris..benda2 kecik yg mencalar hati..lama2 hati pun akan pecah berderai..

Bila tiba hati pecah berderai..tiada makna lagi kata2..tiada makna lagi panggilan sayang..tiada guna lagi kata2 maaf..sesungguhnya hati yg pecah takkan dapat dicantum semula..seandainya dapat dicantum pun bekasnya tetap ada..mana mungkin keadaan hati itu akan jadi sempurna seperti dulu.


Monday, July 23, 2012

puteriku kaisya

Assalamualaikum..

Hari nie perasaan malas masak nie membuak2..sejak semalam berbuka tak masak nasik..iskandar kemain suka lagi aku goreng bihun je..kaisya pulak buat muka monyok sbb xde nasi...eh..macam2 ..
Aku nie kalau big bos xde umah sbb keje ptg..aku mmg malas nak masak..teruk betul..bukan apa..karang membazir..budak2 nie cakap je lebih..nak itu ini..bila time berbuka dah minum air satu jag..mcmana nak sumbat makanan lain..last2 ke tong sampah..baik xyah masak..(cantik je mk ko bg alasan..)hehehe..

Hari nie iskandar masih lagi mengungguli tempat pertama..xde ponteng2 posa..xde yangyok..xde drama..lain hal pulak dgn si kaisya..fuhh...semalam demam sbb first day puasa penuh..hari nie muntah2 pulak..so..aku kasi dia bukak puasa..bila dh makan..dah minum..sihat terus..main sesaje..amboii..menggeletek ko yea kakak..kemain lagi..hilang semua sakit..

Kaisya nie lebih kurang buat drama la..kalau termakan drama dia..habislah..tapi skg aku ajar dia pelan2 yg perangai dia tu salah..dia nie x boleh keras sgt bila di tegur..karang makin degil..aku tau..sbb dulu pun aku mcm tu gak..

Harap2 bila dah besar dan semkin matang hilanglah sifat2 x elok dia tu..

resepi biskut bright eye susan

Assalamualaikum...

Hari nie nak kongsi resepi yang ku cedok dari blog http://daridapurmaisya.blogspot.com..
Biskut nie cantik sgt..tu yg berkenan nak buat tu...tapi memandangkan ada beberapa brg yang xde kat lemari ku..aku tukar je brg tu mengikut apa je yg ada..xyah membazir ..Resepi asal drp empunya blog
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1899951...


Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi resepi...nie bahan2 nya:


bright eye susan
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1899951

BAHAN-BAHAN:

260gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder (aku tak pakai baking powder..kang kembang semangkuk)
Secubit garam
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur

HIASAN:
1 biji putih telur
Almond nibs secukupnya, tak perlu dipanggang(aku tukar dgn oat)
Jem strawberry seckupnya(aku guna blueberry jem)

CARA-CARA:

1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga sebati.

3. Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.

4. Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.

5. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut

6. Celup permukaan atas biskut dalam putih telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.(Maisya sapu bahagian keliling biskut dengan putih telur dan celup bahagian tepi sahaja ke dalam almond nibs)

7.Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang tengah dan paipkan Jem kedalam lubang tadi.

9.Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min atau ikut oven masing-masing(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)

Sunday, July 22, 2012

Sombong lettew..

Assalamualaikum...

Mula2 aku nak mintak maaf kalau ada sesapa yg terasa dgn apa yg aku tulis nanti..bukan apa..aku nak meluahkan perasaan je..aku nie dah follow banyak gak blog la..ada dlm 10 kot..tapi dlm 10 tu ada lah yg memang dah terkenal kan..aku pun faham kalau follower dia je dh puluh2 ribu..dia pun xde masa nak follow kita yg baru lahir 2-3 hari nie..tapi kalau yg suam2 tu..takyah la sombong sgt kan..kita follow dia..atleast dia follow la kita balik..huhuhu..mcm sistem barter...

Oleh kerana follower aku tak memberangsangkan..aku cadang nak unfollow(betul ke term nie?) mana2 blog yg tak sudi berkawan dgn aku ..hehehe..jahat nyerrrr..jgn salah faham..konsep aku senang..aku nak tambah kawan..tambah ilmu..kongsi cerita pada yg sudi..kalau tak sudi..nak buat macamana...ye tak??? hai2..bye2.. nak merajuk lah..nyampah...





cepat sangat katanya...

Assalamualalaikum...

Lama tak update apa2 kat blog dan tak usha2 blog org..bukannya sibuk mana pun..cuma terlebih tido je..hehehehe..kurang pahala puasa kan? tadi jalan2 kat blog ben..terbaca cara tambahkan follower pakai link yg dia kasi...double cheese burger betul..aku terlepas segman tu laaa..aduhhh..rugik!!...

k lah..xyahlah menangis berbagai kan..batal posa pulak kang..aku nak citer pasal kuih raya..lagi2 kuih raya..lagi2 makanan..xde benda lain ke?kan? aku punya blog..aku punya suka lah..kah..kah..kah..( udah mcm meroyan gayanya..) ..xpe2x,,nak citer jugaklah..pasal mak mertuaku kata aku buat kuih raya awaiii sgt..

la...buat awaii pun salah ..tak buat pun salah..itu je citer nya sekian..terima kasih..daripada xde citer drp blog nie bersawang..baik lah aku tulis je apa yg aku teringat..xyah citer byk2 kang terbabas..dosa!!..

Nanti free skit nak citerr pasal kuih raya yg aku buat mlm tadi dan telah menyebabkan gangguan tido..nasib baik terjaga pukul 4.30a.m..kalau tak..jawab tak sahur la kami...k..nanti aku sambung yea..skg nak sambung tido pulak...qada' balik kalau tak jadik zombi..heheheh..

Thursday, July 19, 2012

Biskut coklat badam

Assalamualaikum...

Yahoooo... Berjaya jugak Aku buat kuih coklat badam nie.. Cuma Aku pakai almond nibs.. Tu yg jadik x cun sgt.. Kalau pakai almond flake lagi cun.. Silap ..tapi xpe.. Budak2 suka..

Resepi samperit

Assalamualaikum...

Semalam aku buat samperit kan? nie resepi dari http://zachaoes.blogspot.com yg aku try smlm.. cuba lah..senang banget..cuma mungkin kalau terlembik tu pandai2 tambah tepung jagung sikit2 sampai agak2 boleh di bulat2 tu jgn lembek mcm aku buat..rugi satu tray besar..



Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, suhu bilik - resepi asal 250g
300g tepung jagung -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below

Cara:

  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Tak perlu letak ke semua 300g tepung jagung, adunan dah cantik dan boleh dikepal boleh berhenti.
  4. Tip: Gaul guna sudu besar, spatula, atau senduk kayu pun boleh. Ku letak dalam 230g, mungkin boleh kurangkan kepada 220g. Lebih dari 230g tak berapa disyorkan sebab ni pun dah cukup-cukup untuk mudah dipicitkan. Kecuali bahan-bahan anda tak sama dengan saya punyalah.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper.
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

Kuih samperit - perit

Assalamualaikum..

Malam tadi tercapai niat nk buat kuih samperit walaupun byk rintangan yg Aku hadapi.. betul2 rasa Nak give up tapi memandangkan dough pun dh siap.. Aku usahakan jugak..Sampai jadi..

Mula2 tu Semua berjalan lancar.. Kuih nie Aku buat ikut resepi Aku.zack.. Senang sangat2.. Aku buat banyak dough dia memandangkan Kat umah
Nie pun banyak mulut yang suka makan benda2 manis nie.. hehehe..

Bila dah siap paip 2 tray Besar.. Baru Aku teringat Kat oven yg Aku pindahkan Ke dapur belum di panaskan.. Haaa.. Nie start problem Nya..Aku tengok2 wayar oven Tak cukup Panjang la pulak.. Aku pun mintak husband Aku pasang kan extension wire pada oven.. Mula2 tu ok je.. Tiba2 Aku dengar mcm bunyik meletup.. Pastu bau benda terbakar Alamak.. Dah la extension wire Ada satu je.. Terbakar la pulak ..

So, Aku pakat2 dengan husband mintak dia angkat oven tu masuk Ke dlm bilik.. 40kg tu.. Nasib baik lah Aku Ada byk Lemak.. Boleh gak tolong angkat sekali..

Bila Kat dlm bilik.. Alhamdulillah Semua ok.. Fuhh.. Ingatkan ok lah.. Sampai di situ aje dugaannya.. Rupa2nya bila di bakar kuih tu.. Tadaa.. Jadik leper mcm tayar pancit. Nak Tak nak terpaksa lah Aku buang.. Satu tray lagi Aku masukkan balik dlm mixer tambahkan Tepung jagung sampai keras skit..

Terpaksa lah paip dough tu balik Semula.. Bila dah tambah Tepung memang jadik cantik je.. Tapi tangan Aku pulak mcm Nak tercabut sebab dough dh jadik keras skit.. Keluar habis muscle2 lengan yg berlemak ni..

Haa.. Dahsyat jugak lah pengalaman buat kuih raya ni.. sabar je la.. Tu baru bakar satu.. Esok2 entah apa la pulak..


Wednesday, July 18, 2012

Puasa dtg lagi...

Assalamaualaikum...

Syukur pada Allah..diberi kesempatan menikmati bulan mulia lagi 2-3 hari lagi..insyallah ..time nie rasa seronok berkumpul dengan ahli keluarga dan adik beradik untuk berbuka..lagi ramai lagi meriah..dan lagi best kalau semua bawak juadah berbuka atau beli mana2 yg berkenan di hati...iskhhh...ingat time berbuka je kan?kalau pegi bazaar ramadhan tu..masyaallah..mcm2 ada.. kadang2 tu sbb terlampau byk sampai xtau nak pilih..

eh..eh..eh..takyah la citer pasal bazaar ramadhan yg belum ada lagi..skg nk citer pasal resepi kuih raya yg aku berangan2 nak buat esok lusa nie..buat awal senang..xyah nak kalut2 dh dekat nk raya karang baru nak carik resepi..dulu2 itulah fesyen aku..last minit punya org..last2 semua pun tak buat..

Aku nak syer kan kat sini resepi aku ambik dari bloghttp://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com

Macam sedap je biskut nie tau..nanti dah siap boleh la snap gambor..nie gambor dari mamakitchen yea..jgn salah faham pulak..mohon syer yea mamakitchen..

Bahan-bahannya:)
300 gm tepung naik sendiri.*
250 gm butter.
250 gm coklat masakan.
190 gm gula halus
1 biji telur.
200 gm tepung jagung.*
2 tbsp serbuk koko.*
200 gm badam flakes
1 tsp  essen vanilla
***Ayak semua bahan-bahan yang bertanda bintang.

Cara-caranya:
  • Pukul gula dan butter& esen vanilla hingga kembang
  • Masukkan telur,coklat(cairkan) dan pukul lagi hingga adunan sebati.
  • Kemudian masukkan bahan -bahan yang telah diayak tadi dan gaul& uli hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan badam dan uli lagi hingga sekata.
  • Masukkan adunan kedalam plastik dan bentukkan empat segi memanjang seperti foto dibawah ni.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  • Keluarkan dan potong mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  • Bakar hingga masak.....Selamat mencuba:)
Pastikan ada sedikit ruang semasa membakarnya agar biskut tidak melekat antara satu sama lain.Biskut yang mengandungi tepung naik sendiri akan mengembang semasa dibakar .Gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk memotong agar biskut kelihatan rapi...pisau  cm ni kurang tajam:(.

Gitulah kaedah2 yg diberi oleh mamakitchen..kita follow..kalau jadik boleh la eksyen skit...hahaha..tak malu..

Monday, July 16, 2012

Egg tart

Assalamualaikum..

Sebenarnya hari Sabtu yang lepas Abg Aku order egg tart 50pcs.. Alah.. Korang mesti kata.. Bukannya banyak pun.. Alhamdulillah rezeki Allah Nak bagi byk Ke sikit Ke Aku bersyukur .. Cumanya egg tart nie yang leceh Nak buat shell dia.. Bab menerap satu2 tu.. Oh.. Alangkah bagus kalau Ada Mesin buat egg tart.. tapi Aku Cuma buat kecil2an.. Tak berbalaoi kalau Beli Mesin.. nanti kalau dah semakin ramai customer insyaallah Aku Beli jugak.. Skg yg jadik customer setia Aku Cuma Adik beradik je.. org luar atau kawan2 xde lagi setakat nie.. Harap2 lepas nie Ada la.. oh!! Tak sabar Dan berdebar2 Nak sambut puasa.. Apasal ek?

Sunday, July 15, 2012

Aku nie Tak bersyukur Ke?

Assalamualaikum.. Pagi2 buta dah Nak berblog Aku nie .. Padahal keje umah melambak2 Nak buat..

Risaunya Aku tengok madihah.. Lepas jatuh katil semalam.. Sampai pagi nie dia tido Tak menangis Nak susu macam selalu..hati Aku masih sakit lagi kalau Aku ingat2 kan balik kejadian semalam..

Ya Allah.. Kau lindungilah anak2 Ku Dari bahaya.. Selamatkan lah mereka ya Allah..

Tadi Masa Nak hantar Iskandar Ke Sekolah Aku Nampak suami jiranku menjemur kain.. Untungnya isteri dia..

Dulu2 masa baru2 kawin pun suami Aku rajin kemas rumah Dan jempur kain.. Masa tu rasa lega sangat2.. Setiap Kali balik keje.. Umah bersih, baju dah siap jemur, kain dah siap lipat.. Tapi itu Semua dulu.. 10 tahun yang lepas..

Sekarang nie.. Nak angkat pinggan sendiri pun Malas.. anak2 pun ikut sama macam tu.. bila sorang je yang mengemas, yang lagi 5 orang tukang buat sepah.. Faham2 je la.. rumah dah macam tong sampah je rasanya.. Sana sini benda berterabur..

Aku selalu stress.. tambah lagi kalau anak2 berebut barang2 mainan.. Dan banyak adengan2 jerit menjerit .. Mulalah Aku naik hantu..

Kadang2 rasa cemburu bila tengok jiran2 yang Ada keluarga harmoni.. Suami alim.. Sembahyang berjemaah.. Anak2 organize je Dari hujung Rambut sampai hujung kaki.. takde yang Rambut kusut masai.. Huh!

Bilalah family Aku Nak jadik family yang mawaddah Dan warahmah.. Rumah jadik sejuk dengan alunan ayat2 suci alquran.. hati jadi tenang bila melihat suami Dan anak2.. jiwa rasa gembira dengan kerenah suami.. Dan suami menjadi lebih bertolak ansur Dan lebih penyayang.. bila? Bila???

Mengharapkan orang yang Tak boleh di harap

Aku betul2 bengang hari nie.. ya Allah.. Bagi Aku kesabaran.. kenapa la agaknya hari nie hari menyakitkan hati?? Bangun2 je xde benda Nak masak sebab ayam ikan dah habis..Nak call Kedai Runcit suruh hantar ayam.. Duit pulak takde.. Ha.. Baguslah.. Laki pulak keje pagi2 buta semalam balik xmo keluarkan duit.. Start dgn muka masam.. Memang sampai Ke malam.. Syaitan aje yg tepuk tangan .. Tadi madihah yg bru 10 bulan jatuh katil.. Walhal Aku tinggal kan dia dengan Laki Aku.. Rupa2 Nya dia tido..!! Kesian Diha.. Benjol dahi dia.. Aku Tak pernah tgk dia benjol teruk mcm ni.. Nak aje Aku benjol kan kepala ayah dia pulak! Orang suruh jaga anak.. Dia pegi tido! Sakit hati Aku Nak marah dah marah.. Tapi rasa sebal dlm hati nie Tak hilang2 lagi nie.. agaknya Kena benjokan jugak kepala ayah dia baru Aku ok kot..tekanan!!

Saturday, July 14, 2012

cik yah..oh cik yah..

Assalamualaikum...

Ada sesapa kt sini yang kenal siapa cik yah? cik yah nie bukan mak jemah..bukan juga cik siti belakang rumah..dan bukan juga aci sebelah rumah..cik yah nie makcik aku..adik mak aku.. memang lah korang tak kenal..meh sini aku nak kenalkan cik yah pada korang..

Cik yah..dulu2 masa aku kecik aku tak tau apa2..aku dgn adik selalu marah2 cik yah...pastu cik yah nie nampak macam mengikut je kata kitaorang..so..apa lagi..adalah sikit2 perangai kurang ajar nie keluar..

eh..esok2 lah aku sambung kisah cik yah nie..nak layan bapak budak jap..ehehehe..

Friday, July 13, 2012

Red velvet lagi...

Assalamualaikum...


Nie resepi yang sama.. Aku Saje je Nak tunjuk yang nie.. Selagi Tak tunjuk.. Xleh tido.. Layan aje la..

Red velvet cupcakes

Assalamualaikum...

Hari ni Aku Malas Nak masak.. Tapi terlebih rajin pulak Nak membaking.. Sebenarnya Aku Nak Kena buat 50pcs egg tart dgn sausage vege bun.. Tapi rasa membuak2 Nak buat red velvet melebih lebih pulak..

Aku nie memang Tak pernah buat red velvet.. Tak tau la mcmana rasa sebenar red velvet.. yang Aku buat nie rasanya masam2 coklat.. memang Aku Tak berapa suka.. Anak2 pun Tak suka.. Habis tu Sapa yg Nak makan nie?

Resepi Aku Ambik Kat masam manis .. Aku rasa resepi tu xde salahnya.. Aku yang salah buat la tu.. Nie yang buat Aku Nak try lagi nie..

Thursday, July 12, 2012

Pengalaman bersalinku..

Assalamualaikum ...

Hari nie rasanya nak cerita pasal anak2 pulak..Dulu masa duduk langkawi...ingatkan nak besarkan anak2 kat sana..langkawi kan tenang..pantai sesaje..tak payah nak tunggu cuti..bila2 pun boleh mandi pantai..alangkah indah kalau duduk sana..tapi memang ALLAH kata aku takde rezeki nak dapat anak kat sana..bila berenti keje dari Tanjung Rhu ..balik K.L je..alhamdulillah..terus melekat..sedangkan masa tu aku dah dapat kerja di Baker's Cottage dengan gaji 2x ganda dari tempat lama..

Memang aku terus tak jadi kerja..kadang2 kita kena fikir apakah priority kita..kerja? atau nak anak? atau dua2?..seriously..aku tau sangat cara kerja bidang nie..so aku rasa baik aku berehat..nak dapat anak dulu siap pergi mintak ubat kesuburan kat klinik..tiap2 bulan beli pregnancy test..2 tahun tu berendam air mata je...

Mungkin ada yang pernah baca mengenai iskandar..satu2nya anak bujangku yang hensem tu..ecehh..
Dulu mungkin doktor salah diagnose dia..doktor katakan yang dia tiada autisme..sebenarnya memang dia ada autisme cuma mild sahaja..Iskandar sekarang sudah banyak berubah..dia nie yang paling pandai jaga hati aku..harap2 sampai besar dia jadik anak yang soleh..boleh tak aku cakap dengan dia aku susah nak marah..adalah marah tu..cuma takde la selalu..berbeza sangat dengan adiknya kaisya..

Anak kedua ku nie..dilahirkan secara pembedahan..beratnya pun boleh tahan 3.97kg.Aku dah serik dah bersalin normal lah kononnya..aku request untuk operation..ku sangkakan operation nie tak sakit..rupak2nya..alahai..lepas je habis ubat bius..ya ALLAH..sakitnya tak tergambar..malah lagi teruk dari bersalin normal.Aku tak boleh bangun sebab bahagian perut tu sakit ..tapi aku gagahkan diri jugak..5-6 kali gagal..sebab sakit sangat..anakku dah mula menangis sebab semalaman dia ditempatkan jauh dari aku..aku pun tak tau dia dah menyusu ke belum..tapi yang pastinya aku memang tiada susu lagi..

Aku pun suruh mak aku tolong buatkan susu secara menyorok..tau2 ajelah hospital kerajaan nie..pantang nampak baby di beri susu botol..tapi apakan daya aku nak bangun pun tak boleh..nak mengereng pun tak larat..perut rasa nak terburai..nurse2 tu faham..cuma diorang pun kena jalankan tugas jugak..so pandai2 la sorok2..kalau tak sampai esok la baby tu menangis..

Kaisya nie masa baby..senang sangat menjaganya..tak banyak ragam masa kecik..tapi bila dah masuk 6 tahun..mulut pun dah potpet2..aduh2..suara dia yang macam orang tertelan microfon tu..memang menguji kesabaranlah..ada aje cakap aku yang dia nak bantah..kena banyak main psikology dengan dia..bila aku dah tau macamana nak tackle hati dia..barulah dia nampak nak dengar cakap.. memang dengan dia nie aku selalu pukul..marah tu macam wajib..selalu angin je dengan dia..entahlah..aku pun tak tau kenapa aku mudah marah dengan dia..kesian dia..tapi tu dulu..sekarang tak lagi..(ye ke?)

Yang ketiga pun puteri juga..pengalaman bersalinkan dia nie boleh tahan dahsyat juga.. walaupun lahirnya tak seberat abang dan kakaknya..cuma 3.65kg je..tapi bermula bukaan 2cm kesakitan yang aku tanggung macam 9cm..seriously..sakit nie lain macam sikit..tak sama dengan yang lain..sakit macam di toreh2 di bahagian perut..doktor pakar yang datang melawat dengan student dia pun naik risau tengok aku..sebab aku punya bekas operation tu katanya mungkin yang menyebabkan aku sakit luar biasa..nak cucuk epidural dah tak sempat sebab aku dah terbuka 6cm..so dia cuma bagi cucuk ubat tahan sakit..yang aku rasa macam dia cucuk air je..sikit pun takde kesan..nurse2 pun naik menyampah dengan aku..iyelah..sakit nie buat aku menjerit..betul..aku dah tak boleh cover2 dah..memang aku menjerit..teruk betul lah kalau ingat balik..malu pun ada..sebelum nie dengar orang je yang jerit2..kali nie aku punya turn pulak..memang orang tua2 kata kalau anak nombor ganjil..sakitnya 2kali ganda..


Yang last nie(last ke???) aku langsung tak rasa sakit..bayangkan aku pecah ketuban pukul 4.45 pagi..hari raya yang pertama..sebenarnya aku dah overdue..tapi aku memang dah biasa macam tu..semua anak2 aku overdue..yang nie sampai je kat hospital pukul 6 pagi..check punya check baru 4cm..lambat lagi katanya..memang xde sakit langsung time tu..tapi bila dah pukul 6.30..aku dah rasa macam nak push..eh..biar betul..aku panggil nurse ..dia boleh buat bodoh je..dia tunggu tukar shift kot..taknak buat keje dah..time tu aku dah berdiri panggil nurse..bila dia check..alamak..katanya dah 8cm..terus bawak dlm labor room..(betul ke aku eja nie)..tak sempat doktor nak tanya apa2..kepala baby dah nak keluar...apa lagi aku push 3 kali je..selamat dah..alhamdulillah..pengalaman yang sangat indah pada aku..sebab aku tak sakit..aku tak hilang tenaga..dan tak bertarung nyawa..sangat2 mudah..terima kasih ya ALLAH..kalau macam nie bersalin lagi 10 pun takpe..ekekeke..xdelah..rasanya cukuplah 4 orang putera dan puteri aku setakat nie..biarlah yang ada nie aku didik sebaik mungkin..dan mudah2 mereka nie menjadi anak yang soleh dan solehah...amin..





Wednesday, July 11, 2012

Hantu pocong

Assalamualaikum..

Nak kongsi satu cerita hantu sikit lah hari nie...kisah yang berlaku hampir 5 tahun lepas tapi rasa macam baru je..kisah nie berlaku masa aku duduk di flat di Taman Dato'Harun.. rumah nie flat 5 tingkat dan aku tingkat yang ke 4..

Rumah nie rumah lama..rasanya adalah dalam 30 tahun kot..bahagian dalam rumah tu ok cuma toilet aje..alahai..pakai simen je..pulak tu berlopak2.. mula2 aku tak kisah tapi bila  ternampak betapa banyaknya jentik2..aduh..geli gelemannya..ehh..kejap2 nie bukan cerita geli2 yea..cuma intro aje..

Ok,disebabkan toilet tu penuh dengan jentik2 ..tiap2 kali aku cuci toilet..aku pun siramlah dengan air panas..wahhh..kemain lagi kan? matilah segala mak nenek jentik2 ataupun cacing2 yg ada.. tapi aku tak tau yang siram air panas akan menyebabkan benda lain datang..

Aku nie pulak jenis yang suka tengok cerita seram ..cerita hantu..masa tu tengah popular cerita pocong lakonan revalina s.temat aka si bawang putih..tengok sekali aku tak puas..aku tengok berkali2 dvd tu..kadang2 satu hari 3-4 kali..

Yang bestnya masa tu aku takde perasaan seram atau takut..mmg aku bercakap besar masa tu bila aku mengaku pada adikku yang hantu pocong nie kalau tengok ..aku tak takut...hehehe..mulut lancang kuning..

Satu hari tu..waktu senja..kami anak beranak bersantai dlm bilik..anak kedua ku yang ketika itu berusia 3 tahun asyik menangis aje..aku nak dukung dia x mau..malah dia pergi ke tepi dinding..
suami aku pun dengan selamba mengambil gambar dia sedang menangis..sambil mengajuk2 perlakuan anakku..

Jeng3x..nak tau apa yang ada dlm gambar tu? gambar hantu pocong yang nampak jelas kain kapannya melekat di skrin handfon suamiku..tapi cuma nampak bahagian bahu sahaja..macam dia berdiri betul2 depan suamiku ...alah2x..suamiku yang blur2 nie pun tanyalah pada ku apakah benda alah yang berwarna putih nie? aku tengok memang terperanjat gila lah sebab aku kan selalu tengok filem pocong tu..so aku kenal sangat dengan benda yang terpapar di skrin fon tu...

Menggigil aku masa tu..rasa nak campak handfon tu ke lantai..malam tu aku tak dapat tido..aku rasa seram sejuk sangat..aku cuba selimut dengan berlapis2 selimut pun tak dapat hilangkan sejuk..


Rasa macam ada benda sedang memerhati dan aku langsung tak boleh tido..dan terdengar juga bunyi macam orang bertukang di luar..sebenarnya bunyi orang bertukang hari2 ku dengar..aku cari juga dari mana datangnya bunyik orang bertukang nie..dan aku pernah juga jerit ke luar tingkap menyuruh 'orang' tu diam...patutlah aku tak pernah nampak sesiapa yang bertukang sebab memang takde sesiapa pun sebenarnya..

Kadang2 bau busuk yang teramat sangat ada di bilik..tapi tiada di ruang tamu..ada di dapur dan tempat2 lain tak berbau..aku biarkan aje..dan kadang2 aku dah tutup air tapi air terbuka kembali..dalam hati mungkin aku lupa kot...

Disebabkan benda2 nie aku pergi ke Darul Syifa' dan tunjukkan pada ustaz di situ..ustaz pulak kata benda tu benda baik..sebab warna kainnya warna putih dan benda itu adalah perempuan..alahai ustaz..aku taknak tau dia pompuan ke..pondan ke..aku nak dia pergi je..

Ustaz pun mulakan rawatan dan bila selesai kami pun balik dan ustaz mengesyorkan aku supaya tutup tingkap dan pintu waktu senja dan jangan siram air panas ke toilet..itukan tempat tinggal benda2 tu..dan ustaz mahu dtg utk bersihkan rumah tu..tapi aku katakan biarlah ustaz.... aku cuma menyewa..biarlah owner saja yang buat..aku nak pindah dari rumah tu..

Sampai di kereta..aku rasa segala rasa takut aku hilang dan macam ada benda terbang dari bahu ku..rasa macam kosong..takde lagi rasa takut..Alhamdulillah..


Rendah diri?atau merendahkan diri???

Assalamualaikum.....

Hanya Allah yang tahu perasaan malu dan betapa aku rasa hilang self confident setiap kali berdepan dengan dunia luar..lebih2 lagi ketika menuntut di Uitm.. Tapi aku buangkan semua perasaan rendah diri aku dan berlagak biasa..seperti aku manusia normal yang lain.Aku ada terbaca dalam satu rencana mengenai scoliosis yang semakin lama atau semakin tua sesorang itu..semakin bongkok tulang belakangnya.Lately aku mmg perasan yang tulang aku semakin jelas bengkoknya.. mungkin juga faktor kegemukan menonjolkan lagi tulang yang dah sedia berbonjol tu.


Alam universiti memang indah dan seronok berjumpa ramai manusia yang baik hati dan tak memilih rupa izikal sebagai kawan..alhamdulillah kami tetap berhubung sehingga kini walaupun seorang di timur dan seorang di barat..mereka2 nie lah yang menguatkan semangat aku..hanya pada kawan2 rapat sahaja aku berterus terang tentang kekurangan aku.


Tapi alam pekerjaan tak seindah zaman persekolahan.Mungkin manusia dibawah tekanan menjadi manusia yang sinikal..yang suka merendah2kan orang dan suka mencari kekurangan manusia lain agar diri sendiri rasa sempurna..entahlah..bukan aku nak kata semua yang aku jumpa ketika alam pekerjaan semuanya bermulut laser..cuma segelintir drp mereka sahaja..walaupun aku pernah di perli2 kerana kekurangan ku..tapi aku buat2 tak dengar..dan aku buat2 tak faham..malah kadang2 aku rasa aku menafikan juga agar aku tak hilang semangat.Salah ke tindakan aku? entahlah..kadang2 aku rasa dengan fasa penafian nie lah yang menjadikan aku tabah..aku jarang menangisi kekurangan aku.
Macam pretend that i'm normal and i should act normal..aku rasa kalau kecacatan scoliosis nie tak dapat kad OKU pun..tapi kekurangan diri nie seperti OKU yang tiada layanan istimewa..




Bersyukurlah..










scoliosis dan jerawat

Assalamualaikum...

Selepas aku ke hospital dan klinik dan makan bermacam2 ubat namun satu pun tak mengurangkan sakit saya,aku jadik berserah saja pada ALLAH.. Aku ingat lagi semasa nak pergi ke HKL dgn menaiki teksi,mak terpaksa suruh driver teksi tu bawa dengan sangat perlahan sebab kalau laju2 dan terlanggar lopak atau bonggol,aku punya dada rasa nak pecah..terlampau sakit.Sampai di HKL doktor cuma menjalankan pemeriksaan biasa pada ku,tiada X-Ray pun.Sebab tu doktor tak tau apa masalah aku,dan aku pun tak bagitau yang saya sakit pinggang cuma saya cakap dada saya teramat sakit nak bernafas pun sakit macam dicucuk2.

Semasa aku sakit nie kebetulan cuti akhir tahun,tahun depannya aku akan menaiki tingkatan 4.. tapi sebelum cuti aku gagahkan diri untuk ke sekolah jugak dan yang paling aku tak lupa kawan2 yang selalu pergi sekolah dengan aku sanggup tolong angkatkan beg sekolahku.Terima kasih kawan..


ALLAH mahu menduga aku lagi..kali nie..jerawat batu tumbuh dalam masa semalaman aje..sangat2lah banyak sampai aku tak boleh pegang muka sendiri...terasa panas mukaku sebab seluruh muka bengkak..satu tempat pun tiada yang licin..jerawat tu macam bisul..kali nie aku menangis sebab aku teramat sedih..mak yang tengok keadaan aku pun tak tau nak buat apa..
sebenarnya aku yang gatal2 pergi buat facial kat kl..bila dah jadik bengkak..diorang pun x berani nak bertanggungjawab..rasanya mungkin peralatan diorang kotor atau mungkin ALLAH nak menduga kesabaranku..

Akhirnya mak mintak abg sulung ku untuk membawa ku ke klinik kulit di p.j.. aku kena jawab soalan doktor tu macam ada ujian..2 helai kertas soalan mengenai psikology ku di tanya..dan dengan kos lebih RM300 ubat makan dan ubat sapu di berikan..dan doktor ada marahkan aku sebab memandai2 pergi buat facial..katanya kalau ada jerawat..facial bukan penyelesaianya..jerawat tu di cucuk2 dan akan meninggalkan parut jerawat yg hodoh..macam bulan..berlubang macam padang golf 36 lubang tapi muka aku lebih teruk lagi berlubang2 hasil pergi facial.Sekali makan dengan sapu aku dah rasa jerawat aku mengecut dengan cepat..dalam masa seminggu semua jerawat hilang..syukur pada ALLAH.Aku tanya doktor ada tak ubat untuk hilangkan lubang jerawat..dengan nada bergurau dia kata kalau nak hilangkan lubang jerawat kena buat operation..mungkin dulu,ubat sapu xde lagi..entahlah..ohh..nama klinik tu pun aku dah lupa kalau cari pun dah takde..mungkin dah berpindah sekarang ada kedai TM rasanya.

Ok lah aku sambung balik keadaan aku yang sakit pinggang nie..satu hari aku ke klinik di depan rumah...KLINIK BALA.. aku rasa semua orang taman medan dan dato'harun tahu ..doktor bagi aku satu jenis ubat yang berwarna hitam dan sebijik macam arang.Aku makan dua biji pagi dan 2 biji petang.Alhamdulillah ..selepas aku makan ubat arang nie..aku rasa sakit ku semakin berkurangan.. maaf..aku tak tau nama ubat tu..mungkin juga satu kebetulan..semuanya kuasa ALLAH..dia yang menyembuhkan bukan ubat atau benda2 yang lain.


Tuesday, July 10, 2012

Apakah scoliosis?

Assalamualaikum...

gambar drp google
Entry nie aku nak dedicate utuk sesapa yang mengalami tulang belakang bengkok atau nama sains nya Scoliosis.. Scoliosis (dari bahasa Yunani: '' skolíōsis'' berarti "bengkok") adalah suatu kondisi  di mana seseorang tulang belakang melengkung dari sisi ke sisi, berbentuk seperti "s", dan mungkin juga diputar. Untuk orang dewasa dapat sangat menyakitkan. Ini adalah normal lateral kelengkungan tulang belakang. Pada sinar-x, dilihat dari belakang, tulang belakang seorang individu dengan scoliosis khas mungkin tampak lebih seperti "S" atau "C" dari garis lurus. Itu biasanya diklasifikasikan sebagai bawaan (disebabkan oleh vertebra anomali yang hadir pada saat lahir), idiopatik (mensubklasifikasikan sebagai kekanak-kanakan, remaja, remaja, atau dewasa menurut ketika awal terjadi) atau sebagai neuromuskuler, setelah dikembangkan sebagai gejala sekunder kondisi lain, seperti spina bifida, cerebral palsy, tulang belakang otot atrofi atau trauma fisik.


Seperti yang ditulis diatas..tulang yang membengkok nie menyakitkan..YA..memang menyakitkan.
Pengalaman aku sendiri sebab aku pun salah seorang penghidap scoliosis.Bermula dari umurku 13 tahun,aku selalu berasa lenguh2 di bahagian pinggang dan tulang belakang.Hari2 aku ke sekolah dengan bebanan buku yang sangat banyak dan sangat berat.Kebetulan pula beg sekolah ku itu putus sebelah talinya,maka terpaksa aku bawa bebanan dengan sebelah tangan sahaja.Semakin lama lenguh2 tu semakin menjadi2 pula sampaikan kawan baikku masa tu Noraida saujana,selalu ku buli utk mengetuk belakangku.Kerusi di makmal sains yang tinggi dan tiada penyandar juga menyebabkan aku tak suka duduk dalam makmal sains tu..rasa berdenyut2 dan tak selesa. Sapa lagi yang jadik mangsa aku mengetuk belakangku kalau tak kawan baikku itu,masa tu x terfikir langsung yang aku sebenarnya membuli dia..kesian dia sampai sekarang xnak kawan aku..hahahah..xde la..

gambar drp google

Satu hari tu aku rasa yang teramat lenguh dan aku cuba menghilangkan lenguh tu dengan memusingkan pinggang aku ke kiri dan ke kanan..namun x juga hilang malah bertambah sakit.
Esoknya aku tak boleh bangun macam biasa,dadaku rasa seperti dihimpit dan dicucuk dengan benda tajam,aku rasa tulang dadaku yang mencucuk jantungku.Setiapkali aku cuba bernafas semakin sakit,jadik aku pendekkan tarikan nafasku agar x terlalu sakit.Time tu juga aku tak boleh bangun tanpa bantuan orang lain,aku terpaksa di papah utk ke toilet samada utk mandi dan sbgainya..

Family terutama mak dah berusaha membawa aku ke klinik dan hospital namun tiada jawapan yang konkrit,tiada x-ray pun yang dibuat doktor..sampailah satu tahap aku terpaksa makan 40 biji ubat sehari tapi satu pun tak mengurangkan sakit ku...nanti aku sambung semula cerita ok..