Monday, July 23, 2012

resepi biskut bright eye susan

Assalamualaikum...

Hari nie nak kongsi resepi yang ku cedok dari blog http://daridapurmaisya.blogspot.com..
Biskut nie cantik sgt..tu yg berkenan nak buat tu...tapi memandangkan ada beberapa brg yang xde kat lemari ku..aku tukar je brg tu mengikut apa je yg ada..xyah membazir ..Resepi asal drp empunya blog
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1899951...


Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi resepi...nie bahan2 nya:


bright eye susan
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1899951

BAHAN-BAHAN:

260gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder (aku tak pakai baking powder..kang kembang semangkuk)
Secubit garam
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur

HIASAN:
1 biji putih telur
Almond nibs secukupnya, tak perlu dipanggang(aku tukar dgn oat)
Jem strawberry seckupnya(aku guna blueberry jem)

CARA-CARA:

1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga sebati.

3. Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.

4. Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.

5. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut

6. Celup permukaan atas biskut dalam putih telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.(Maisya sapu bahagian keliling biskut dengan putih telur dan celup bahagian tepi sahaja ke dalam almond nibs)

7.Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang tengah dan paipkan Jem kedalam lubang tadi.

9.Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min atau ikut oven masing-masing(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)

2 comments:

  1. wah... mcm best jer ni.. bole try nnt ni..

    ReplyDelete
  2. try jgn tak try...tapi kalau buat byk2 penat skit ..

    ReplyDelete