Assalamualaikum...
gambar drp google |
Seperti yang ditulis diatas..tulang yang membengkok nie menyakitkan..YA..memang menyakitkan.
Pengalaman aku sendiri sebab aku pun salah seorang penghidap scoliosis.Bermula dari umurku 13 tahun,aku selalu berasa lenguh2 di bahagian pinggang dan tulang belakang.Hari2 aku ke sekolah dengan bebanan buku yang sangat banyak dan sangat berat.Kebetulan pula beg sekolah ku itu putus sebelah talinya,maka terpaksa aku bawa bebanan dengan sebelah tangan sahaja.Semakin lama lenguh2 tu semakin menjadi2 pula sampaikan kawan baikku masa tu Noraida saujana,selalu ku buli utk mengetuk belakangku.Kerusi di makmal sains yang tinggi dan tiada penyandar juga menyebabkan aku tak suka duduk dalam makmal sains tu..rasa berdenyut2 dan tak selesa. Sapa lagi yang jadik mangsa aku mengetuk belakangku kalau tak kawan baikku itu,masa tu x terfikir langsung yang aku sebenarnya membuli dia..kesian dia sampai sekarang xnak kawan aku..hahahah..xde la..
gambar drp google |
Satu hari tu aku rasa yang teramat lenguh dan aku cuba menghilangkan lenguh tu dengan memusingkan pinggang aku ke kiri dan ke kanan..namun x juga hilang malah bertambah sakit.
Esoknya aku tak boleh bangun macam biasa,dadaku rasa seperti dihimpit dan dicucuk dengan benda tajam,aku rasa tulang dadaku yang mencucuk jantungku.Setiapkali aku cuba bernafas semakin sakit,jadik aku pendekkan tarikan nafasku agar x terlalu sakit.Time tu juga aku tak boleh bangun tanpa bantuan orang lain,aku terpaksa di papah utk ke toilet samada utk mandi dan sbgainya..
Family terutama mak dah berusaha membawa aku ke klinik dan hospital namun tiada jawapan yang konkrit,tiada x-ray pun yang dibuat doktor..sampailah satu tahap aku terpaksa makan 40 biji ubat sehari tapi satu pun tak mengurangkan sakit ku...nanti aku sambung semula cerita ok..