Thursday, September 20, 2012

Terima kasih

En boss

Iskandar dah 8 tahun...

Assalamualaikum ...


Hujan lebat tadi.. Cuaca pun mendung.. Tetiba terasa syahdu menyelinap di hati seorang Ibu.. 8 tahun yg lepas.. Pada tarikh ini.. Aku melahirkan putera pertama Ku Ke dunia.. Perasaan gembira tatkala melihat Wajah suci yg kutunggu2 selama 3 tahun akhirnya tiba jua..

Hari ini.. Genap lah 8 tahun usia Megat Iskandar .. Walaupun autisme.. tapi dia sgt2 mendengar kata2 Ku.. Walaupun dia Tak secerdik anak normal lain tapi dia sgt cerdik mengambil hati Aku.. Kata2 dia yg skema tu selalu buat Aku tersenyum sendiri.. yaa.. Dulu Aku akui... Aku sgt2 garang dgn dia.. Aku sgt2 Mahu dia berjaya dlm akedemik Dan menjadi contoh buat adik2 dia nanti...

Bukannya Aku putus Asa dgn keadaan dia skg.. Cuma Aku taknak paksa dia melebihi kemampuan dia... namun jauh disudut hati.. Aku ingin sgt dia berjaya dlm pelajaran.. Masuk u.. berkenalan dgn ramai orang.. Merasa pahit manis hidup di asrama.. Berkawan dgn kawan2 yg baik.. bercinta.. Berkerjaya .. Berkahwin.. Dan mempunyai anak2 sendiri.. bahagia hingga Ke akhir nafas dia.. Ya Allah.. Aku Tarik nafas dalam2.. Air mata menitis lagi... Mampu kah dia ya Allah.. Tercapai Ke hasrat suciku ini..

Sempena hari lahir mu sayangku..Tiada hadiah mahal yg Mampu ummi beri.. Cuma doa yg mengiringi setiap langkah perjalanan hidup mu,semoga sentiasa dilindungi Allah daripada segala kekejaman Dunia ..semoga Allah memberi limpah kurnia Dan rahmatnya padamu..Dan semoga menjadi anak yg soleh..berjaya Dunia Dan Akhirat.. amin..