Thursday, July 19, 2012

Biskut coklat badam

Assalamualaikum...

Yahoooo... Berjaya jugak Aku buat kuih coklat badam nie.. Cuma Aku pakai almond nibs.. Tu yg jadik x cun sgt.. Kalau pakai almond flake lagi cun.. Silap ..tapi xpe.. Budak2 suka..

Resepi samperit

Assalamualaikum...

Semalam aku buat samperit kan? nie resepi dari http://zachaoes.blogspot.com yg aku try smlm.. cuba lah..senang banget..cuma mungkin kalau terlembik tu pandai2 tambah tepung jagung sikit2 sampai agak2 boleh di bulat2 tu jgn lembek mcm aku buat..rugi satu tray besar..



Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, suhu bilik - resepi asal 250g
300g tepung jagung -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below

Cara:

  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Tak perlu letak ke semua 300g tepung jagung, adunan dah cantik dan boleh dikepal boleh berhenti.
  4. Tip: Gaul guna sudu besar, spatula, atau senduk kayu pun boleh. Ku letak dalam 230g, mungkin boleh kurangkan kepada 220g. Lebih dari 230g tak berapa disyorkan sebab ni pun dah cukup-cukup untuk mudah dipicitkan. Kecuali bahan-bahan anda tak sama dengan saya punyalah.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper.
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

Kuih samperit - perit

Assalamualaikum..

Malam tadi tercapai niat nk buat kuih samperit walaupun byk rintangan yg Aku hadapi.. betul2 rasa Nak give up tapi memandangkan dough pun dh siap.. Aku usahakan jugak..Sampai jadi..

Mula2 tu Semua berjalan lancar.. Kuih nie Aku buat ikut resepi Aku.zack.. Senang sangat2.. Aku buat banyak dough dia memandangkan Kat umah
Nie pun banyak mulut yang suka makan benda2 manis nie.. hehehe..

Bila dah siap paip 2 tray Besar.. Baru Aku teringat Kat oven yg Aku pindahkan Ke dapur belum di panaskan.. Haaa.. Nie start problem Nya..Aku tengok2 wayar oven Tak cukup Panjang la pulak.. Aku pun mintak husband Aku pasang kan extension wire pada oven.. Mula2 tu ok je.. Tiba2 Aku dengar mcm bunyik meletup.. Pastu bau benda terbakar Alamak.. Dah la extension wire Ada satu je.. Terbakar la pulak ..

So, Aku pakat2 dengan husband mintak dia angkat oven tu masuk Ke dlm bilik.. 40kg tu.. Nasib baik lah Aku Ada byk Lemak.. Boleh gak tolong angkat sekali..

Bila Kat dlm bilik.. Alhamdulillah Semua ok.. Fuhh.. Ingatkan ok lah.. Sampai di situ aje dugaannya.. Rupa2nya bila di bakar kuih tu.. Tadaa.. Jadik leper mcm tayar pancit. Nak Tak nak terpaksa lah Aku buang.. Satu tray lagi Aku masukkan balik dlm mixer tambahkan Tepung jagung sampai keras skit..

Terpaksa lah paip dough tu balik Semula.. Bila dah tambah Tepung memang jadik cantik je.. Tapi tangan Aku pulak mcm Nak tercabut sebab dough dh jadik keras skit.. Keluar habis muscle2 lengan yg berlemak ni..

Haa.. Dahsyat jugak lah pengalaman buat kuih raya ni.. sabar je la.. Tu baru bakar satu.. Esok2 entah apa la pulak..