Monday, July 9, 2012

TM server down

Alah2.. TM nie time birthday Aku yg Ke ehem2 nie la dia Nak down.. Apalah Nasib anak2 Ku yg dah biasa ber kartun 24jam nie.. Kang x cukup main Kat luar.. Kat Umah jiran pulak disinggahnya..Nasib baik Ada saki Baki broadband cap limau nie.. boleh gak Aku berblog dan ber Facebook jap.. Katanya 40 user Kat area tasik puchong terima Nasib yg sama.. Tapi diorg x celebrate birthday.. Aku nie?? Huaaaa.. Sedih Nya kek tarak.. Bunga lagi la.. Jauh panggang drp oven.. nasib2..

Mimpi Rambut di bakar

Ya.. Tajuk yg selalu Aku cari dlm google.. meh Aku nk kongsi kan beberapa cerita Aku dulu2..dlm 5-6 tahun lepas.. Aku nie Bukan perempuan moden .. Tapi Ada hati Nak jadik sikit moden konon2nya.. Satu hari dgn berbekalkan keizinan suami.. Aku pun merancang Nak kaler kan Rambut ala2 Angelina Jolie gituu.. Brown la Senang citer.. esoknya masa time rehat Aku pun pegi la Beli jenama loreal sbb katanya halal.. malam tu sbb terlampau exited Aku pun x baca instruction dia.. Main belasah je pakai.. Esok pagi Aku tengok xde apa2 perubahan sikit pun Kat Rambut hitamku ini.. Adehh.. menang tension betul masa tu.. Mmg x puas hati lah masa tu.. So Aku bernekad Nak try lagi sekali esoknya.. Ok..malam tu Aku pun tido macam biasa sbb esok Nak keje.. tapi Mmg Allah Nak bagi petunjuk pada Aku.. Malam tu jugak Aku mimpi yg Badan Aku diikat pada tiang Dan kepala Aku berputar kebawah. Kat bawah tu API menjulang2 naik Nak menyambar Rambut Aku.. Panasnya Masa tu sampai rasa perit kulit Aku.. Dalam keadaan terjerit2 Aku Cuba Nak lepaskan diri sampai Aku tersedar berpeluh2.. Dari Saat itu Aku bersyukur pada Allah sbb memberikan Aku petunjuk padaku yang perbuatan mewarnakan Rambut tu salah kerana mengubah ciptaan DariNya.. X Kira samada halal atau tidak produk tu tapi niat mengubah kejadian Allah sememangnya haram.. Nauzubillah.. Semoga Aku selalu mendapat hidayah Dari Allah..

Tart kurma

Assalamualikum... Tart kurma atau dates tart nie sedap sangat.. kalau Tak suka kurma Dan xnak kurma pun sedap juga tapi namanya bukanlah tart kurma jadik lah egg tart.. Nak order boleh la email di suhanamegat@hotmail.com.. Nanti kalau Senang boleh la Ku bagi resepi yea..

Cupcakes

Assalmualikum.. Alhamdulillah nie juga salah satu product jualan Ku.. cupcakes with buttercream Cuma RM1.80 for promotion time.. Kalau Nak order sila la email di suhanamegat@hotmail.com.. minimum order 30pcs

Sausage bun atau roti sosej

Nie la hasil menggunakan oven kesayangan Ku.. order drp Kakak Ku di semenyih.. Dari jauh dia dtg Ambik .. Thanks ayong for your support.. Promotion price sosej bun RM1.20 amacam? Berkenan Tak? Kalau Nak order sila email di suhanamegat@hotmail.com.. Minimum order 30pcs..

Oven imbaco satu deck satu tray

Alhamdulillah seperti yg Aku bagitau haritu Nak masukkan gambar oven yg baru Ku Beli.. Walaupun second hand tapi condition 100% baru.. Mmg berbaloi.. harga pun setelah ditawar Cuma RM850.. Menyesal jugak Tak mintak kurang lagi.. Hehehe.. oven nie yg kurang bestnya xde timer.. So pandai2 lah yea Nak jaga masa sendiri.. So far xde lagi yg hangus.. temperature juga cepat panas.. Xde la Kena tunggu lama Dan yang paling best sebab boleh bakar banyak sekali gus.. Dulu pakai oven kecik je.. Nak bakar 50 bijik roti Kena bakar berjam2.. Jam... Sadis betul.. skg nie xyah berjam2.. Sejam je dh settle 50 bijik ..makin galak la Aku membaking..

puteri balqis madihah

inilah pengarang jantung ummi..skg dah 10 bulan...semoga membesar dgn sihat dan kuat..jadik anak yang solehah...

hommade pizza

Tu dia...for the first time aku buat pizza nie dan buat tanpa penimbang..main belasah je..jadik jugak..nak tau gambar pun ambik pakai komputer je...hahahha..ko ada?hahaha resepi pizza sepeti di bawah: resepi dari blog mat gebu.. linknya disinitiffinbiru

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA
  1.  300 g tepung gandum
  2.  6 g instat yeast
  3.  20 g mentega 
  4. 10 g gula halus
  5.  1 camca teh bread improver (optional) 
  6. 1/4 camca teh garam 1
  7.  1/2 camca besar madu 
  8. 170 ml air
  9.  Sedikit tepung untuk ditabur 
 BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :
  1.  4 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
  2.  4 hirisan gegelang red capsicum 
  3. 4 hirisn gegelang yellow capsicum
  4.  4 hirisan gegelang green capsicum 
  5. 1 biji bawang besar, hiris bulat (optional) 
  6. 175 g keju mozzarella, hiris nipis2 
  7. Sos tomato dalam botol secukupnya
  8.  4 camca besar mayonnaise
 CARA MEMBUATNYA :-)

 UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.


  UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Letak 2 camca besar mayonnaise, ratakan dan letak pula sos tomato, ratakan. Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk satu bahagian lagi..
waduh2..susah jugak nak masukkan ads nuffnag nie kan...pada aku yg buta i.t nie memang sakit hati la nak godek2 benda alah nie..duit punya pasal..berusaha sampai naik darah tinggi dibuatnya..ada la aku tgk dlm youtube kot cara2 masukkan ads nie..separuh jalan je faham..separuh lagi dah blur2...alahai..menci2x..
mcm koala nie la aku..terhegeh2..org tua berblog mcm nie la..otak pun dh berkarat..nak jaga anak2 la..bapak anak la..fuhhh..berpeluh2 nak try jugak buat...nantilah yea..pada yg tak pandai mcm aku nie..kena lah usaha lebih skit...