Tuesday, August 20, 2013

Cooked hokkaido chiffon cupcakes

Hari tu try hcc nie.. Mmg terbaik lah.. Tq pada yg empunya resepi.. Dlm byk2 resepi yg aku try.. Ini yg terbaik.. Aku xingat ambik dari blog siapa.. Maafkan saya awak.. Tapi saya doakan awak dimurahkan rezeki oleh Allah.. 

Resepi Cooked Dough (Tang Mian) Hokkaido Chiffon Cupcakes 



Bahan-bahan
Bahan A

3 biji kuning telur gred A
20g gula kastor/gula halus
35g minyak jagung
60ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
15g tepung jagung/tepung kastad *
55g tepung gandum * (hana half half gandum & SRF)
secubit garam* 
Bahan B
3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar - optional

Panaskan minyak, susu dan gula dengan gunakan double boiler. angkat.
Masukkan tepung yang telah diayak.


Kacau sehingga sebati.


Kemudian masukkan kuning telur.


Pukul kuning telur dan adunan sehingga sebati. ketepikan.


Pukul putih telur pula. apabila sedikit berbuih, masukkan gula (3 kali). Pukul putih telur sehingga bertanduk ataupun meringue


ambil 1/2 adunan putih telur


dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur.


Kemudian tuangkan semua adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur


kaup balikkan sehingga sebati.


masukkan adunan ke dalam cup


Masukkan cup ke dalam oven yang telah preheat. Bakar dengan suhu 120 selama 20 minit, kemudian suhu 130 selama 15 minit dan akhir sekali suhu 150 selama 10 minit.

*** Suhu dan masak ikut oven masing-masing. 
*** Adunan saya dapat 7 biji cupcakes.