Assalamualaikum...
Selepas aku ke hospital dan klinik dan makan bermacam2 ubat namun satu pun tak mengurangkan sakit saya,aku jadik berserah saja pada ALLAH.. Aku ingat lagi semasa nak pergi ke HKL dgn menaiki teksi,mak terpaksa suruh driver teksi tu bawa dengan sangat perlahan sebab kalau laju2 dan terlanggar lopak atau bonggol,aku punya dada rasa nak pecah..terlampau sakit.Sampai di HKL doktor cuma menjalankan pemeriksaan biasa pada ku,tiada X-Ray pun.Sebab tu doktor tak tau apa masalah aku,dan aku pun tak bagitau yang saya sakit pinggang cuma saya cakap dada saya teramat sakit nak bernafas pun sakit macam dicucuk2.
Semasa aku sakit nie kebetulan cuti akhir tahun,tahun depannya aku akan menaiki tingkatan 4.. tapi sebelum cuti aku gagahkan diri untuk ke sekolah jugak dan yang paling aku tak lupa kawan2 yang selalu pergi sekolah dengan aku sanggup tolong angkatkan beg sekolahku.Terima kasih kawan..
ALLAH mahu menduga aku lagi..kali nie..jerawat batu tumbuh dalam masa semalaman aje..sangat2lah banyak sampai aku tak boleh pegang muka sendiri...terasa panas mukaku sebab seluruh muka bengkak..satu tempat pun tiada yang licin..jerawat tu macam bisul..kali nie aku menangis sebab aku teramat sedih..mak yang tengok keadaan aku pun tak tau nak buat apa..
sebenarnya aku yang gatal2 pergi buat facial kat kl..bila dah jadik bengkak..diorang pun x berani nak bertanggungjawab..rasanya mungkin peralatan diorang kotor atau mungkin ALLAH nak menduga kesabaranku..
Akhirnya mak mintak abg sulung ku untuk membawa ku ke klinik kulit di p.j.. aku kena jawab soalan doktor tu macam ada ujian..2 helai kertas soalan mengenai psikology ku di tanya..dan dengan kos lebih RM300 ubat makan dan ubat sapu di berikan..dan doktor ada marahkan aku sebab memandai2 pergi buat facial..katanya kalau ada jerawat..facial bukan penyelesaianya..jerawat tu di cucuk2 dan akan meninggalkan parut jerawat yg hodoh..macam bulan..berlubang macam padang golf 36 lubang tapi muka aku lebih teruk lagi berlubang2 hasil pergi facial.Sekali makan dengan sapu aku dah rasa jerawat aku mengecut dengan cepat..dalam masa seminggu semua jerawat hilang..syukur pada ALLAH.Aku tanya doktor ada tak ubat untuk hilangkan lubang jerawat..dengan nada bergurau dia kata kalau nak hilangkan lubang jerawat kena buat operation..mungkin dulu,ubat sapu xde lagi..entahlah..ohh..nama klinik tu pun aku dah lupa kalau cari pun dah takde..mungkin dah berpindah sekarang ada kedai TM rasanya.
Ok lah aku sambung balik keadaan aku yang sakit pinggang nie..satu hari aku ke klinik di depan rumah...KLINIK BALA.. aku rasa semua orang taman medan dan dato'harun tahu ..doktor bagi aku satu jenis ubat yang berwarna hitam dan sebijik macam arang.Aku makan dua biji pagi dan 2 biji petang.Alhamdulillah ..selepas aku makan ubat arang nie..aku rasa sakit ku semakin berkurangan.. maaf..aku tak tau nama ubat tu..mungkin juga satu kebetulan..semuanya kuasa ALLAH..dia yang menyembuhkan bukan ubat atau benda2 yang lain.
No comments:
Post a Comment