Wednesday, July 18, 2012

Puasa dtg lagi...

Assalamaualaikum...

Syukur pada Allah..diberi kesempatan menikmati bulan mulia lagi 2-3 hari lagi..insyallah ..time nie rasa seronok berkumpul dengan ahli keluarga dan adik beradik untuk berbuka..lagi ramai lagi meriah..dan lagi best kalau semua bawak juadah berbuka atau beli mana2 yg berkenan di hati...iskhhh...ingat time berbuka je kan?kalau pegi bazaar ramadhan tu..masyaallah..mcm2 ada.. kadang2 tu sbb terlampau byk sampai xtau nak pilih..

eh..eh..eh..takyah la citer pasal bazaar ramadhan yg belum ada lagi..skg nk citer pasal resepi kuih raya yg aku berangan2 nak buat esok lusa nie..buat awal senang..xyah nak kalut2 dh dekat nk raya karang baru nak carik resepi..dulu2 itulah fesyen aku..last minit punya org..last2 semua pun tak buat..

Aku nak syer kan kat sini resepi aku ambik dari bloghttp://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com

Macam sedap je biskut nie tau..nanti dah siap boleh la snap gambor..nie gambor dari mamakitchen yea..jgn salah faham pulak..mohon syer yea mamakitchen..

Bahan-bahannya:)
300 gm tepung naik sendiri.*
250 gm butter.
250 gm coklat masakan.
190 gm gula halus
1 biji telur.
200 gm tepung jagung.*
2 tbsp serbuk koko.*
200 gm badam flakes
1 tsp  essen vanilla
***Ayak semua bahan-bahan yang bertanda bintang.

Cara-caranya:
  • Pukul gula dan butter& esen vanilla hingga kembang
  • Masukkan telur,coklat(cairkan) dan pukul lagi hingga adunan sebati.
  • Kemudian masukkan bahan -bahan yang telah diayak tadi dan gaul& uli hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan badam dan uli lagi hingga sekata.
  • Masukkan adunan kedalam plastik dan bentukkan empat segi memanjang seperti foto dibawah ni.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  • Keluarkan dan potong mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  • Bakar hingga masak.....Selamat mencuba:)
Pastikan ada sedikit ruang semasa membakarnya agar biskut tidak melekat antara satu sama lain.Biskut yang mengandungi tepung naik sendiri akan mengembang semasa dibakar .Gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk memotong agar biskut kelihatan rapi...pisau  cm ni kurang tajam:(.

Gitulah kaedah2 yg diberi oleh mamakitchen..kita follow..kalau jadik boleh la eksyen skit...hahaha..tak malu..

No comments:

Post a Comment