Semalam aku buat samperit kan? nie resepi dari http://zachaoes.blogspot.com yg aku try smlm.. cuba lah..senang banget..cuma mungkin kalau terlembik tu pandai2 tambah tepung jagung sikit2 sampai agak2 boleh di bulat2 tu jgn lembek mcm aku buat..rugi satu tray besar..
Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, suhu bilik - resepi asal 250g
300g tepung jagung - resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below
Cara:
- Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
- Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Tak perlu letak ke semua 300g tepung jagung, adunan dah cantik dan boleh dikepal boleh berhenti.
- Tip: Gaul guna sudu besar, spatula, atau senduk kayu pun boleh. Ku letak dalam 230g, mungkin boleh kurangkan kepada 220g. Lebih dari 230g tak berapa disyorkan sebab ni pun dah cukup-cukup untuk mudah dipicitkan. Kecuali bahan-bahan anda tak sama dengan saya punyalah.
- Picitkan atas dulang yang dialas baking paper.
- Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
No comments:
Post a Comment