Thursday, September 20, 2012

Iskandar dah 8 tahun...

Assalamualaikum ...


Hujan lebat tadi.. Cuaca pun mendung.. Tetiba terasa syahdu menyelinap di hati seorang Ibu.. 8 tahun yg lepas.. Pada tarikh ini.. Aku melahirkan putera pertama Ku Ke dunia.. Perasaan gembira tatkala melihat Wajah suci yg kutunggu2 selama 3 tahun akhirnya tiba jua..

Hari ini.. Genap lah 8 tahun usia Megat Iskandar .. Walaupun autisme.. tapi dia sgt2 mendengar kata2 Ku.. Walaupun dia Tak secerdik anak normal lain tapi dia sgt cerdik mengambil hati Aku.. Kata2 dia yg skema tu selalu buat Aku tersenyum sendiri.. yaa.. Dulu Aku akui... Aku sgt2 garang dgn dia.. Aku sgt2 Mahu dia berjaya dlm akedemik Dan menjadi contoh buat adik2 dia nanti...

Bukannya Aku putus Asa dgn keadaan dia skg.. Cuma Aku taknak paksa dia melebihi kemampuan dia... namun jauh disudut hati.. Aku ingin sgt dia berjaya dlm pelajaran.. Masuk u.. berkenalan dgn ramai orang.. Merasa pahit manis hidup di asrama.. Berkawan dgn kawan2 yg baik.. bercinta.. Berkerjaya .. Berkahwin.. Dan mempunyai anak2 sendiri.. bahagia hingga Ke akhir nafas dia.. Ya Allah.. Aku Tarik nafas dalam2.. Air mata menitis lagi... Mampu kah dia ya Allah.. Tercapai Ke hasrat suciku ini..

Sempena hari lahir mu sayangku..Tiada hadiah mahal yg Mampu ummi beri.. Cuma doa yg mengiringi setiap langkah perjalanan hidup mu,semoga sentiasa dilindungi Allah daripada segala kekejaman Dunia ..semoga Allah memberi limpah kurnia Dan rahmatnya padamu..Dan semoga menjadi anak yg soleh..berjaya Dunia Dan Akhirat.. amin..


4 comments:

  1. anak akak yg no 2(br je upsr)agak istimewa juga.Dulu selalu je akak marah2 dia.Dialah anak yg byk akak menglirkan airmata tp dia jugalah anak yg paling ringan tulang dan senang bila disuruh urut dikala akak lenguh2.Pasti ada hikmah dgn setiap ujian yg Allah beri pada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak akak tu istimewa yg mcmana?kalau anak saya autisme..muka mcm normal..perangai dan iQ mungkin kurang sikit..tapi skg dh semakin pandai..harap2 berterusan..anak akak ambik upsr yea..anak saya mungkin x ambik apa2 periksa kot..dia kelas pendidikan khas..

      Delete
  2. sanah helwah buah hatu kepada ummi..iskandar
    dari acik iman ^_6

    ReplyDelete