Thursday, July 19, 2012

Biskut coklat badam

Assalamualaikum...

Yahoooo... Berjaya jugak Aku buat kuih coklat badam nie.. Cuma Aku pakai almond nibs.. Tu yg jadik x cun sgt.. Kalau pakai almond flake lagi cun.. Silap ..tapi xpe.. Budak2 suka..

Resepi samperit

Assalamualaikum...

Semalam aku buat samperit kan? nie resepi dari http://zachaoes.blogspot.com yg aku try smlm.. cuba lah..senang banget..cuma mungkin kalau terlembik tu pandai2 tambah tepung jagung sikit2 sampai agak2 boleh di bulat2 tu jgn lembek mcm aku buat..rugi satu tray besar..



Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, suhu bilik - resepi asal 250g
300g tepung jagung -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below

Cara:

  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Tak perlu letak ke semua 300g tepung jagung, adunan dah cantik dan boleh dikepal boleh berhenti.
  4. Tip: Gaul guna sudu besar, spatula, atau senduk kayu pun boleh. Ku letak dalam 230g, mungkin boleh kurangkan kepada 220g. Lebih dari 230g tak berapa disyorkan sebab ni pun dah cukup-cukup untuk mudah dipicitkan. Kecuali bahan-bahan anda tak sama dengan saya punyalah.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper.
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

Kuih samperit - perit

Assalamualaikum..

Malam tadi tercapai niat nk buat kuih samperit walaupun byk rintangan yg Aku hadapi.. betul2 rasa Nak give up tapi memandangkan dough pun dh siap.. Aku usahakan jugak..Sampai jadi..

Mula2 tu Semua berjalan lancar.. Kuih nie Aku buat ikut resepi Aku.zack.. Senang sangat2.. Aku buat banyak dough dia memandangkan Kat umah
Nie pun banyak mulut yang suka makan benda2 manis nie.. hehehe..

Bila dah siap paip 2 tray Besar.. Baru Aku teringat Kat oven yg Aku pindahkan Ke dapur belum di panaskan.. Haaa.. Nie start problem Nya..Aku tengok2 wayar oven Tak cukup Panjang la pulak.. Aku pun mintak husband Aku pasang kan extension wire pada oven.. Mula2 tu ok je.. Tiba2 Aku dengar mcm bunyik meletup.. Pastu bau benda terbakar Alamak.. Dah la extension wire Ada satu je.. Terbakar la pulak ..

So, Aku pakat2 dengan husband mintak dia angkat oven tu masuk Ke dlm bilik.. 40kg tu.. Nasib baik lah Aku Ada byk Lemak.. Boleh gak tolong angkat sekali..

Bila Kat dlm bilik.. Alhamdulillah Semua ok.. Fuhh.. Ingatkan ok lah.. Sampai di situ aje dugaannya.. Rupa2nya bila di bakar kuih tu.. Tadaa.. Jadik leper mcm tayar pancit. Nak Tak nak terpaksa lah Aku buang.. Satu tray lagi Aku masukkan balik dlm mixer tambahkan Tepung jagung sampai keras skit..

Terpaksa lah paip dough tu balik Semula.. Bila dah tambah Tepung memang jadik cantik je.. Tapi tangan Aku pulak mcm Nak tercabut sebab dough dh jadik keras skit.. Keluar habis muscle2 lengan yg berlemak ni..

Haa.. Dahsyat jugak lah pengalaman buat kuih raya ni.. sabar je la.. Tu baru bakar satu.. Esok2 entah apa la pulak..


Wednesday, July 18, 2012

Puasa dtg lagi...

Assalamaualaikum...

Syukur pada Allah..diberi kesempatan menikmati bulan mulia lagi 2-3 hari lagi..insyallah ..time nie rasa seronok berkumpul dengan ahli keluarga dan adik beradik untuk berbuka..lagi ramai lagi meriah..dan lagi best kalau semua bawak juadah berbuka atau beli mana2 yg berkenan di hati...iskhhh...ingat time berbuka je kan?kalau pegi bazaar ramadhan tu..masyaallah..mcm2 ada.. kadang2 tu sbb terlampau byk sampai xtau nak pilih..

eh..eh..eh..takyah la citer pasal bazaar ramadhan yg belum ada lagi..skg nk citer pasal resepi kuih raya yg aku berangan2 nak buat esok lusa nie..buat awal senang..xyah nak kalut2 dh dekat nk raya karang baru nak carik resepi..dulu2 itulah fesyen aku..last minit punya org..last2 semua pun tak buat..

Aku nak syer kan kat sini resepi aku ambik dari bloghttp://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com

Macam sedap je biskut nie tau..nanti dah siap boleh la snap gambor..nie gambor dari mamakitchen yea..jgn salah faham pulak..mohon syer yea mamakitchen..

Bahan-bahannya:)
300 gm tepung naik sendiri.*
250 gm butter.
250 gm coklat masakan.
190 gm gula halus
1 biji telur.
200 gm tepung jagung.*
2 tbsp serbuk koko.*
200 gm badam flakes
1 tsp  essen vanilla
***Ayak semua bahan-bahan yang bertanda bintang.

Cara-caranya:
  • Pukul gula dan butter& esen vanilla hingga kembang
  • Masukkan telur,coklat(cairkan) dan pukul lagi hingga adunan sebati.
  • Kemudian masukkan bahan -bahan yang telah diayak tadi dan gaul& uli hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan badam dan uli lagi hingga sekata.
  • Masukkan adunan kedalam plastik dan bentukkan empat segi memanjang seperti foto dibawah ni.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  • Keluarkan dan potong mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  • Bakar hingga masak.....Selamat mencuba:)
Pastikan ada sedikit ruang semasa membakarnya agar biskut tidak melekat antara satu sama lain.Biskut yang mengandungi tepung naik sendiri akan mengembang semasa dibakar .Gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk memotong agar biskut kelihatan rapi...pisau  cm ni kurang tajam:(.

Gitulah kaedah2 yg diberi oleh mamakitchen..kita follow..kalau jadik boleh la eksyen skit...hahaha..tak malu..

Monday, July 16, 2012

Egg tart

Assalamualaikum..

Sebenarnya hari Sabtu yang lepas Abg Aku order egg tart 50pcs.. Alah.. Korang mesti kata.. Bukannya banyak pun.. Alhamdulillah rezeki Allah Nak bagi byk Ke sikit Ke Aku bersyukur .. Cumanya egg tart nie yang leceh Nak buat shell dia.. Bab menerap satu2 tu.. Oh.. Alangkah bagus kalau Ada Mesin buat egg tart.. tapi Aku Cuma buat kecil2an.. Tak berbalaoi kalau Beli Mesin.. nanti kalau dah semakin ramai customer insyaallah Aku Beli jugak.. Skg yg jadik customer setia Aku Cuma Adik beradik je.. org luar atau kawan2 xde lagi setakat nie.. Harap2 lepas nie Ada la.. oh!! Tak sabar Dan berdebar2 Nak sambut puasa.. Apasal ek?

Sunday, July 15, 2012

Aku nie Tak bersyukur Ke?

Assalamualaikum.. Pagi2 buta dah Nak berblog Aku nie .. Padahal keje umah melambak2 Nak buat..

Risaunya Aku tengok madihah.. Lepas jatuh katil semalam.. Sampai pagi nie dia tido Tak menangis Nak susu macam selalu..hati Aku masih sakit lagi kalau Aku ingat2 kan balik kejadian semalam..

Ya Allah.. Kau lindungilah anak2 Ku Dari bahaya.. Selamatkan lah mereka ya Allah..

Tadi Masa Nak hantar Iskandar Ke Sekolah Aku Nampak suami jiranku menjemur kain.. Untungnya isteri dia..

Dulu2 masa baru2 kawin pun suami Aku rajin kemas rumah Dan jempur kain.. Masa tu rasa lega sangat2.. Setiap Kali balik keje.. Umah bersih, baju dah siap jemur, kain dah siap lipat.. Tapi itu Semua dulu.. 10 tahun yang lepas..

Sekarang nie.. Nak angkat pinggan sendiri pun Malas.. anak2 pun ikut sama macam tu.. bila sorang je yang mengemas, yang lagi 5 orang tukang buat sepah.. Faham2 je la.. rumah dah macam tong sampah je rasanya.. Sana sini benda berterabur..

Aku selalu stress.. tambah lagi kalau anak2 berebut barang2 mainan.. Dan banyak adengan2 jerit menjerit .. Mulalah Aku naik hantu..

Kadang2 rasa cemburu bila tengok jiran2 yang Ada keluarga harmoni.. Suami alim.. Sembahyang berjemaah.. Anak2 organize je Dari hujung Rambut sampai hujung kaki.. takde yang Rambut kusut masai.. Huh!

Bilalah family Aku Nak jadik family yang mawaddah Dan warahmah.. Rumah jadik sejuk dengan alunan ayat2 suci alquran.. hati jadi tenang bila melihat suami Dan anak2.. jiwa rasa gembira dengan kerenah suami.. Dan suami menjadi lebih bertolak ansur Dan lebih penyayang.. bila? Bila???

Mengharapkan orang yang Tak boleh di harap

Aku betul2 bengang hari nie.. ya Allah.. Bagi Aku kesabaran.. kenapa la agaknya hari nie hari menyakitkan hati?? Bangun2 je xde benda Nak masak sebab ayam ikan dah habis..Nak call Kedai Runcit suruh hantar ayam.. Duit pulak takde.. Ha.. Baguslah.. Laki pulak keje pagi2 buta semalam balik xmo keluarkan duit.. Start dgn muka masam.. Memang sampai Ke malam.. Syaitan aje yg tepuk tangan .. Tadi madihah yg bru 10 bulan jatuh katil.. Walhal Aku tinggal kan dia dengan Laki Aku.. Rupa2 Nya dia tido..!! Kesian Diha.. Benjol dahi dia.. Aku Tak pernah tgk dia benjol teruk mcm ni.. Nak aje Aku benjol kan kepala ayah dia pulak! Orang suruh jaga anak.. Dia pegi tido! Sakit hati Aku Nak marah dah marah.. Tapi rasa sebal dlm hati nie Tak hilang2 lagi nie.. agaknya Kena benjokan jugak kepala ayah dia baru Aku ok kot..tekanan!!