Assalamualaikum ..tahun nie seperti tahun2 yang lain..aku memang x pernah sambut birthday aku secara besar2an..anak2 pun aku tak ajar diorang utk suka2 menyambut apa2 secara besar2an.. bukanlah nak sambut tu salah..tapi lebih baik bersederhana..tak sambut pun xpe..bukan dosa pun.. ucapan selamat harijadi sudah cukup menggembirakan aku.
Sedar tak sedar dah 32 tahun aku hidup..sepanjang umur ku yang dipinjamkan ALLAH pada ku.. tak banyak kebaikan yang aku buat..malah ku rasakan dosaku lebih byk dr pahalaku.. aku selalu alpa pada suruhan ALLAH..namun ALLAH tetap sayangkan aku..bermacam2 nikmat yg Dia berikan jarang sebutan alhamdulillah yg keluar..kadang2 bersungut pula kalau ada yang kurang.. ya ALLAH.. kau ampunkanlah dosa2 ku yang menggunung..kau berikanlah taufik dan hidayahmu padaku.. janganlah kau palingkan hatiku dan janganlah kau biarkan aku hanyut dalam dosa..
Bersyukur kerana diberikan anak2 sedang yang lain tiada..syukur kerana punya rumah walaupun sekangkang semut..dan terima kasih ya ALLAH..hadiah yang paling berharga adalah aku masih bernafas atas ikhsanmu..panjangkan umurku dan berikanlah aku kesihatan yang baik dan jadikanlah anak2 ku soleh dan solehah yang dapat menjagaku ketika aku sakit dan yang dapat mendoakan aku ketika aku tiada nanti...amin...
No comments:
Post a Comment