Assalamualaikum..
Nak kongsi satu cerita hantu sikit lah hari nie...kisah yang berlaku hampir 5 tahun lepas tapi rasa macam baru je..kisah nie berlaku masa aku duduk di flat di Taman Dato'Harun.. rumah nie flat 5 tingkat dan aku tingkat yang ke 4..
Rumah nie rumah lama..rasanya adalah dalam 30 tahun kot..bahagian dalam rumah tu ok cuma toilet aje..alahai..pakai simen je..pulak tu berlopak2.. mula2 aku tak kisah tapi bila ternampak betapa banyaknya jentik2..aduh..geli gelemannya..ehh..kejap2 nie bukan cerita geli2 yea..cuma intro aje..
Ok,disebabkan toilet tu penuh dengan jentik2 ..tiap2 kali aku cuci toilet..aku pun siramlah dengan air panas..wahhh..kemain lagi kan? matilah segala mak nenek jentik2 ataupun cacing2 yg ada.. tapi aku tak tau yang siram air panas akan menyebabkan benda lain datang..
Aku nie pulak jenis yang suka tengok cerita seram ..cerita hantu..masa tu tengah popular cerita pocong lakonan revalina s.temat aka si bawang putih..tengok sekali aku tak puas..aku tengok berkali2 dvd tu..kadang2 satu hari 3-4 kali..
Yang bestnya masa tu aku takde perasaan seram atau takut..mmg aku bercakap besar masa tu bila aku mengaku pada adikku yang hantu pocong nie kalau tengok ..aku tak takut...hehehe..mulut lancang kuning..
Satu hari tu..waktu senja..kami anak beranak bersantai dlm bilik..anak kedua ku yang ketika itu berusia 3 tahun asyik menangis aje..aku nak dukung dia x mau..malah dia pergi ke tepi dinding..
suami aku pun dengan selamba mengambil gambar dia sedang menangis..sambil mengajuk2 perlakuan anakku..
Jeng3x..nak tau apa yang ada dlm gambar tu? gambar hantu pocong yang nampak jelas kain kapannya melekat di skrin handfon suamiku..tapi cuma nampak bahagian bahu sahaja..macam dia berdiri betul2 depan suamiku ...alah2x..suamiku yang blur2 nie pun tanyalah pada ku apakah benda alah yang berwarna putih nie? aku tengok memang terperanjat gila lah sebab aku kan selalu tengok filem pocong tu..so aku kenal sangat dengan benda yang terpapar di skrin fon tu...
Menggigil aku masa tu..rasa nak campak handfon tu ke lantai..malam tu aku tak dapat tido..aku rasa seram sejuk sangat..aku cuba selimut dengan berlapis2 selimut pun tak dapat hilangkan sejuk..
Rasa macam ada benda sedang memerhati dan aku langsung tak boleh tido..dan terdengar juga bunyi macam orang bertukang di luar..sebenarnya bunyi orang bertukang hari2 ku dengar..aku cari juga dari mana datangnya bunyik orang bertukang nie..dan aku pernah juga jerit ke luar tingkap menyuruh 'orang' tu diam...patutlah aku tak pernah nampak sesiapa yang bertukang sebab memang takde sesiapa pun sebenarnya..
Kadang2 bau busuk yang teramat sangat ada di bilik..tapi tiada di ruang tamu..ada di dapur dan tempat2 lain tak berbau..aku biarkan aje..dan kadang2 aku dah tutup air tapi air terbuka kembali..dalam hati mungkin aku lupa kot...
Disebabkan benda2 nie aku pergi ke Darul Syifa' dan tunjukkan pada ustaz di situ..ustaz pulak kata benda tu benda baik..sebab warna kainnya warna putih dan benda itu adalah perempuan..alahai ustaz..aku taknak tau dia pompuan ke..pondan ke..aku nak dia pergi je..
Ustaz pun mulakan rawatan dan bila selesai kami pun balik dan ustaz mengesyorkan aku supaya tutup tingkap dan pintu waktu senja dan jangan siram air panas ke toilet..itukan tempat tinggal benda2 tu..dan ustaz mahu dtg utk bersihkan rumah tu..tapi aku katakan biarlah ustaz.... aku cuma menyewa..biarlah owner saja yang buat..aku nak pindah dari rumah tu..
Sampai di kereta..aku rasa segala rasa takut aku hilang dan macam ada benda terbang dari bahu ku..rasa macam kosong..takde lagi rasa takut..Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment