Assalamualaikum.....
Hanya Allah yang tahu perasaan malu dan betapa aku rasa hilang self confident setiap kali berdepan dengan dunia luar..lebih2 lagi ketika menuntut di Uitm.. Tapi aku buangkan semua perasaan rendah diri aku dan berlagak biasa..seperti aku manusia normal yang lain.Aku ada terbaca dalam satu rencana mengenai scoliosis yang semakin lama atau semakin tua sesorang itu..semakin bongkok tulang belakangnya.Lately aku mmg perasan yang tulang aku semakin jelas bengkoknya.. mungkin juga faktor kegemukan menonjolkan lagi tulang yang dah sedia berbonjol tu.
Alam universiti memang indah dan seronok berjumpa ramai manusia yang baik hati dan tak memilih rupa izikal sebagai kawan..alhamdulillah kami tetap berhubung sehingga kini walaupun seorang di timur dan seorang di barat..mereka2 nie lah yang menguatkan semangat aku..hanya pada kawan2 rapat sahaja aku berterus terang tentang kekurangan aku.
Tapi alam pekerjaan tak seindah zaman persekolahan.Mungkin manusia dibawah tekanan menjadi manusia yang sinikal..yang suka merendah2kan orang dan suka mencari kekurangan manusia lain agar diri sendiri rasa sempurna..entahlah..bukan aku nak kata semua yang aku jumpa ketika alam pekerjaan semuanya bermulut laser..cuma segelintir drp mereka sahaja..walaupun aku pernah di perli2 kerana kekurangan ku..tapi aku buat2 tak dengar..dan aku buat2 tak faham..malah kadang2 aku rasa aku menafikan juga agar aku tak hilang semangat.Salah ke tindakan aku? entahlah..kadang2 aku rasa dengan fasa penafian nie lah yang menjadikan aku tabah..aku jarang menangisi kekurangan aku.
Macam pretend that i'm normal and i should act normal..aku rasa kalau kecacatan scoliosis nie tak dapat kad OKU pun..tapi kekurangan diri nie seperti OKU yang tiada layanan istimewa..
No comments:
Post a Comment